Atasi Kesesakan Luar Biasa Di CIQS Sungai Tujoh Bagi Rancakkan Ekonomi Miri

Kompleks CIQS Sungai Tujoh yang sesak bersempadan dengan Brunei tidak membantu merancakkan ekonomi di Miri dan Baram ekoran kaunter pemeriksaan tidak mencukupi.

MIRI, 3 Mac – Kementerian Pengangkutan Sarawak telah mengkaji masalah kesesakan yang serius di pos kawalan sempadan di Sungai Tujoh yang menempatkan Kompleks Kastam, Imigresen, Kuarantin dan Keselamatan (CIQS) Malaysia dan akan mengemukakan langkah-langkah penyelesaian.

Isu CIQS Sungai Tujoh telah lama berlarutan dan apakah langkah boleh diambil bagi penyelesaian pembaikan yang boleh dilaksanakan dalam masa yang singkat sementara menunggu penaiktarafan CIQS sepenuhnya..

“Mengenai kesesakan lalu lintas yang serius di Sungai Tujoh CIQS, kerajaan telah mengkaji masalah itu dan mengemukakan cadangan mengenai langkah-langkah pemulihan.

“Ia juga (CIQS Sungai Tujoh) merupakan pintu masuk utama dari Brunei ke Sarawak dan langkah pembaikan sepatutnya sudah dilakukan sekian lama,” kata seorang pemimpin tempatan di Baram dekat sini.

Kompleks CIQS Sungai Tujoh yang sesak bersempadan dengan Brunei tidak membantu merancakkan ekonomi di Miri dan Baram ekoran kaunter pemeriksaan tidak mencukupi.

Ini ekoran ebanyakan pelawat yang datang untuk tujuan perniagaan, riadah dan melancong, mengembara ke Miri melalui udara atau jalan raya dan sebilangan kecil melalui laut.

Manakala CIQS Sungai Tujoh telah berfungsi sebagai pintu masuk yang sangat penting ke Sarawak, bagaimanapun isu barisan yang amat panjang di sempadan Brunei yang mengambil masa tiga hingga lima jam, telah mendatangkan masalah kepada pelancong.

Difahamkan sebuah syarikat dari Korea Selatan mereka membawa masuk kira-kira 100 orang Korea yang ingin belajar atau bermain golf di Eastwood namun terpaksa beratur sehingga tiga jam untuk menyeberangi CIQS Sungai Tujoh.

Seharusnya mobiliti bandar yang selesa merupakan satu lagi aspek penting untuk memudahkan pergerakan orang ramai dalam kawasan bandar selain bukan sahaja untuk penduduk tempatan tetapi juga untuk pengunjung.

Diharapkan kerajaan negeri menambah baik sambungan udara di Sarawak dan destinasi terpilih di rantau Asia Tenggara.

Mengenai pembukaan sebuah hotel baharu bertaraf bintang di bandar raya ini, sebenarnya Miri memerlukan hotel penginapan pelbagai kategori bagi menampung keperluan dan permintaan yang semakin meningkat, dengan kebanjiran pelawat yang datang, dalam sektor pelancongan, perniagaan, persidangan dan sebagainya.

Ketika ini bandarraya Miri mempunyai kira-kira 3,000 bilik hotel pelbagai kategori bagi pelancong dari utara, selatan dan melalui udara dari Kuala Lumpur, Johor Bahru, Kuching, Kota Kinabalu dan Singapura.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *