ASEAN Friendship Concert 2025 Medan Raikan Semangat Keluarga Besar ASEAN – PM Anwar

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri ASEAN Friendship Concert 2025 di Angkasapuri sempena Kepengerusian ASEAN 2025 pada 18 Oktober 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 19 Okt – Pementasan persembahan seni yang memukau, bertenaga menerusi ASEAN Friendship Concert 2025 meraikan semangat kesatuan yang menyatukan keluarga besar ASEAN yang rencam budaya, warisan dan semangat kekitaan yang tegap, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri yang hadir selaku Pengerusi ASEAN 2025 menyifatkan tema “Melodies of Unity, Rhythms of Friendship” yang diangkat mencerminkan nadi dan semangat ASEAN bahawa meski berbeda bahasa dan budaya, namun tetap teguh mempertahankan prinsip hidup berdamping (coexistence) dan kerukunan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri ASEAN Friendship Concert 2025 di Angkasapuri sempena Kepengerusian ASEAN 2025 pada 18 Oktober 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Persembahan istimewa Aisha Retno bersama barisan artis dari negara anggota membuktikan muzik dan seni adalah bahasa yang melangkaui batas politik dan geografi selain mempersatu kita semua.

“Justeru, dengan Malaysia di kerusi kepemimpinan ASEAN pada tahun ini bertekad bahawa kerjasama serantau ini akan terus diperhebat agar keluarga besar ini akan terus pesat membangun, teguh berpaut pada nilai kebersamaan, keadilan dan saling menghormati,” ujarnya menerusi hantaran di media sosial hari ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri ASEAN Friendship Concert 2025 di Angkasapuri sempena Kepengerusian ASEAN 2025 pada 18 Oktober 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Anwar yang juga Menteri Kewangan berharap semangat yang dizahirkan terus menyemarak usaha kita dalam menjamin rantau ini yang tidak hanya untuk terus aman, makmur tetapi kental mengakar pada budaya dan nilai serantau.

Terdahulu pada Sabtu, Perdana Menteri tiba kira-kira 8 malam dan disambut oleh Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil, Ketua Setiausaha Kementerian Luar Datuk Seri Amran Mohamed Zin, Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi Datuk Mohamad Fauzi Md Isa dan Ketua Pengarah Jabatan Penyiaran Malaysia Datuk Suhaimi Sulaiman.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri ASEAN Friendship Concert 2025 di Angkasapuri sempena Kepengerusian ASEAN 2025 pada 18 Oktober 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Turut hadir memeriahkan konsert para ketua perwakilan asing di Malaysia termasuk dari negara-negara ASEAN.

Konsert anjuran Kementerian Komunikasi melalui Radio Televisyen Malaysia (RTM) dengan kerjasama Kementerian Luar itu diadakan bersempena Kepengerusian Malaysia bagi Sidang Kemuncak ASEAN ke-47, yang akan berlangsung hujung bulan ini di ibu negara.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri ASEAN Friendship Concert 2025 di Angkasapuri sempena Kepengerusian ASEAN 2025 pada 18 Oktober 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Konsert ini turut disiarkan secara langsung menerusi TV2 RTM serta platform rakan strategik di bawah Kesatuan Penyiaran Asia Pasifik (ABU) itu, menampilkan artis-artis ternama dari 10 negara ASEAN serta Timor-Leste, sambil diiringi Orkestra RTM (ORTM) yang terdiri daripada 44 pemuzik profesional.

Konsert itu membuka tirainya dengan persembahan memukau artis Malaysia Aisha Retno yang mendendangkan lagu Getaran Jiwa dan Samudera, sebelum persembahan oleh artis-artis dari negara ASEAN lain.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri ASEAN Friendship Concert 2025 di Angkasapuri sempena Kepengerusian ASEAN 2025 pada 18 Oktober 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Antara artis berkenaan ialah Cidalia (Timor-Leste) yang mendendangkan lagu Hein; Pach Kimmouy (Kemboja) – How Do You Do; Valentina Ploy (Thailand) – Cheers to Life; Dila Junaidi (Brunei) – Anugerah Terindah; serta Adriane Roy Calangian (Filipina) – Madaling Araw.

Suasana konsert bertambah meriah dengan kemunculan Aina Abdul yang membawakan lagu Jangan Mati Rasa Itu, diikuti persembahan beramai-ramai lagu The Land We Love dan Hael Husaini menerusi Medley Hajat/Raikan Cinta.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil menghadiri ASEAN Friendship Concert 2025 di Angkasapuri sempena Kepengerusian ASEAN 2025 pada 18 Oktober 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Selain nyanyian, konsert itu turut menampilkan persembahan tarian tradisional dan tarian tema khas ASEAN Friendship Concert 2025 yang menonjolkan keindahan warisan budaya Asia Tenggara serta semangat keterangkuman antara negara anggota.

Konsert berkenaan turut diselitkan dengan segmen video pengenalan kepada negara-negara anggota ASEAN.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri ASEAN Friendship Concert 2025 di Angkasapuri sempena Kepengerusian ASEAN 2025 pada 18 Oktober 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Dihoskan oleh Shahrizan Borhan (Malaysia) dan Dian Querrer (Filipina), konsert gemilang itu diakhiri dengan persembahan lagu Our Land Our Home dendangan Aina, simbolik kepada semangat “We Are One” yang menjadi tema utama pementasan tersebut.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *