Arsenal Terus Buru Kejuaraan Liga, Benam Spurs Di Laman Sendiri

Pemain Arsenal meraikan kemenangan tipis 3-2 ke atas Spurs pada aksi di Stadium Tottenham Hotspur sebentar tadi. Foto Sky Sports
LONDON, 28 Apr – Arsenal mengatasi halangan pada aksi tetangga ‘London Derby’ untuk meneruskan momentum perebutan gelaran Liga Perdana Inggeris (PL) selepas menang tipis 3-2 ke atas Tottenham di Stadium Tottenham Hotpur, sebentar tadi.
Seteru tetangga itu menjadi antara lawan yang mencabar buat Arsenal bagi baki musim ini namun itu tidak menjadi masalah untuk mereka berkelebihan tiga gol pada separuh masa pertama.
Arsenal mendahului menerusi jaringan sendiri Pierre-Emile Hojbjerg pada minit ke-15 sebelum terus selesa dengan jaringan Bukayo Saka dan Kai Havertz.

Namun Arsenal goyah apabila membenarkan Spurs mengurangkan defisit pada babak kedua khususnya selepas kegagalan penjaga gol, David Raya mengeluarkan bola dengan betul membolehkan Cristian Romero meledak gol pembukaan tuan rumah.
Tindakan Declan Rice mengasari Ben Davies mengundang padah apabila Spurs dihadiahkan sepakan penalti yang disempurnakan Son Heung Min pada minit ke-87.
Kemenangan itu terus memastikan The Gunners kekal pendahulu liga dengan 80 mata, tiga mata mengatasi Manchester City yang sedang menentang Nottingham Forest di gelanggang lawan. – AGENSI
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web
