Armada Bersatu Sabah Hampir Lumpuh, 15 Ketua Letak Jawatan

Seramai 15 pemimpin tertinggi Armada Bersatu Sabah letak jawatan daripada semua jawatan sayap pemuda parti, sekali gus serta meninggalkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada 9 Mac 2026.

KOTA KINABALU, 9 Mac – Krisis parti politik pembangkang nampaknya belum reda apabila Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sabah setelah 15 pemimpin tertingginya mengumumkan peletakan jawatan mereka daripada semua jawatan sayap pemuda parti, sekali gus serta meninggalkan parti itu berkuat kuasa serta-merta.

Ketua Armada Bersatu Sabah, Hisyam Hazaril berkata, keputusan itu turut membabitkan pembubaran jawatankuasa Armada Sabah.

Seramai 15 pemimpin tertinggi Armada Bersatu Sabah letak jawatan daripada semua jawatan sayap pemuda parti, sekali gus serta meninggalkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada 9 Mac 2026.

“Tindakan itu dibuat selepas mengambil kira perkembangan dalaman parti yang semakin meruncing sejak kebelakangan ini.

“Kami amat kecewa melihat konflik dalaman parti yang semakin berlarutan dengan serangan terbuka pimpinan serta pertikaian berlaku secara terbuka sehingga mencalarkan imej parti,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau menyifatkan, tindakan pecat-memecat serta tindakan disiplin yang didakwa tidak konsisten turut menimbulkan kebimbangan dalam kalangan pimpinan Armada di Sabah.

“Kami berpendirian bahawa anak muda menolak politik perpecahan, serangan terbuka dan budaya pecat-memecat yang semakin menjadi norma dalam parti,” katanya.

Hisyam merakamkan penghargaan kepada seluruh ahli Armada Sabah yang memberi sokongan sepanjang tempoh memegang amanah dalam parti itu.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *