Anak Muda MADANI Kedah Bela Nasib Dua Beradik Tercicir Persekolahan

Pengerusi Anak Muda MADANI Kedah, Datuk Zuraidi Rahim membawa dua beradik yang keciciran sekolah membeli kelengkapan sekolah di sebuah pasar raya di Kuala Nerang pada 1 April 2026.

PADANG TERAP, 2 Apr – Nasib dua beradik yang tercicir persekolahan di Naka, di sini mendapat pembelaan segera sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mahu membantu menguruskan kemasukan persekolahan mereka.

Inisiatif diambil Kelab Anak Muda MADANI Kedah yang bekerjasama dengan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Padang Terap itu mengubah nasib Muhamad Rizhan Rizqi, 9, dan adiknya, Muhamad Raiqal Rayyan, 8, bakal ke Sekolah Kebangsaan (SK) Panglima Awang, tidak lama lagi.

Pengerusinya, Datuk Zuraidi Rahim berkata, seharusnya isu keciciran pendidikan seperti itu tidak sepatutnya berlaku.

Pengerusi Anak Muda MADANI Kedah, Datuk Zuraidi Rahim melawat keadaan di rumah dua beradik serba kekurangan sebelum membawa dua beradik yang keciciran sekolah itu membeli kelengkapan sekolah di sebuah pasar raya di Kuala Nerang pada 1 April 2026.

“Sejurus menerima maklumat, saya terus turun padang bersama guru dan menghubungi pihak Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) serta Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) untuk tindakan segera.

“Kita akan memasukkan kedua-dua kanak-kanak ini ke sekolah harian secara berperingkat supaya mereka dapat menyesuaikan diri,” katanya.

Jelas Zuraidi, semua keperluan persekolahan akan disediakan bagi memastikan mereka dapat memulakan sesi pembelajaran tanpa halangan.

NGO Anak Muda MADANI Kedah, Dato’ Zuraidi Rahim tampil membantu Siti Nur Jamilah bersama Muhamad Rizhan Rizqi Redzuan (kiri) dan Muhamad Raiqal Rayyan kembali ke sekolah. NSTP/Noorazura Abdul Rahman

Beliau memberitahu, pihaknya juga akan membantu menyelesaikan isu bekalan air dan elektrik di rumah mereka.

Difahamkan dua beradik itu akan ditempatkan di sekolah berasrama di sini bagi memperolehi pendidikan terbaik.

Terdahulu, Zuraidi membawa dua beradik yang keciciran sekolah membeli kelengkapan sekolah di sebuah pasar raya di Kuala Nerang pada Rabu sebagai persediaan awal sebelum memulakan sesi persekolahan dengan kadar segera.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *