Ambil Iktibar Skandal 1MDB Perkukuh Amalan Audit – PM Anwar

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Asian Confederation of Internal Auditors Conference 2025 di Kuala Lumpur pada 9 September 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 9 Sep – Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan amalan audit perlu diperkukuhkan bagi menangani ketirisan, rasuah dan penyalahgunaan kuasa.

Mengimbau pengajaran daripada skandal kewangan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) menurut Perdana Menteri, kesalahan itu tidak mungkin berlaku tanpa penglibatan dan kelalaian pihak audit.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Asian Confederation of Internal Auditors Conference 2025 di Kuala Lumpur pada 9 September 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Berucap pada Asian Confederation of Internal Auditors Conference 2025, di sini, hari ini, Perdana Menteri berkata, ketelusan dan kebertanggungjawaban perlu dijadikan asas utama dalam pentadbiran bagi memastikan setiap institusi bebas daripada pelanggaran peraturan dan penyelewengan dana.

“Sejarah membuktikan, cabaran terbesar mana-mana negara adalah mengekang rasuah, namun saya menghargai keberanian pihak yang berusaha membersihkan jentera kerajaan dan syarikat swasta daripada amalan tidak bermoral ini,” katanya.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Asian Confederation of Internal Auditors Conference 2025 di Kuala Lumpur pada 9 September 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Dalam pada itu, Perdana Menteri turut menegaskan bahawa demokrasi bukan sahaja ditafsirkan sebagai proses pilihan raya semata-mata, sebaliknya ia mesti terhubung dengan rakyat melalui amalan tadbir urus berintegriti.

“Pengawasan audit tidak boleh dianggap pilihan. Ia adalah teras untuk memastikan ketelusan dan mengekalkan keyakinan rakyat serta pelabur terhadap institusi negara,” ujarnya.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Asian Confederation of Internal Auditors Conference 2025 di Kuala Lumpur pada 9 September 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Jelas Anwar lagi, pemerintahan yang berasaskan integriti, ketelusan dan akauntabiliti adalah aset strategik yang boleh menarik kemasukan pelabur, jaminan kemajuan dan legasi untuk generasi akan datang.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *