Amanat Khas PM Anwar Sempena Hari Pekerja 2026 Dinanti Rakyat

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada sambutan Hari Pekerja 2026 yang berlangsung di UNIFI Arena, Bukit Jalil pada 1 Mei 2026.

KUALA LUMPUR, 1 Mei – Kemeriahan selain semangat waja bakal ditampilkan pada sambutan Hari Pekerja Peringkat Kebangsaan 2026 di Unifi Arena, Bukit Jalil dengan menghimpunkan lebih 15,000 warga kerja sektor awam dan swasta dari seluruh negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengetuai sambutan berkenaan mewakili Kerajaan Persekutuan, dijangka menyampaikan amanat khas bagi merai dan menekankan kepentingan para pekerja dalam pembangunan ekonomi negara.

Majlis tahunan yang disambut setiap 1 Mei itu menjadi platform menghargai sumbangan besar tenaga kerja negara, selain memperkukuh ekosistem kerjaya menerusi penawaran peluang pekerjaan dan pembangunan kemahiran.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada sambutan Hari Pekerja 2026 yang berlangsung di UNIFI Arena, Bukit Jalil pada 1 Mei 2026.

Bertemakan ‘Pekerja MADANI Kesuma Bangsa’, sambutan menyerlahkan kesepakatan dan iltizam para pekerja di seluruh negara dalam mendepani cabaran semasa kerana konflik di Asia Barat masih berlanjutan yang menekan kedudukan fiskal negara.

Anwar yang juga Menteri Kewangan akan menyampaikan Anugerah Hari Pekerja 2026 bagi 14 kategori merangkumi Tokoh Pekerja, Majikan, Kesatuan Sekerja, Media dan Kontinjen Terbaik, dengan setiap penerima membawa pulang wang tunai RM10,000 bersama plak penghargaan.

Turut hadir ialah Menteri Sumber Manusia Datuk Seri R. Ramanan; Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar serta para pegawai kanan kerajaan serta majikan swasta.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada sambutan Hari Pekerja 2026 yang berlangsung di UNIFI Arena, Bukit Jalil pada 1 Mei 2026. Foto Fairuz Saman

Sempena sambutan itu, Karnival Hari Pekerja 2026 turut berlangsung bermula hari ini hingga esok dengan sasaran kehadiran kira-kira 30,000 pengunjung.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *