Akta Tabung Haji Akan Dipinda – PM Anwar

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap merasmikan Sambutan Ulang Tahun ke-60 Lembaga Tabung Haji (TH) di Kuala Lumpur. Foto Facebook

KUALA LUMPUR, 29 Sep – Kerajaan akan meminda Akta Tabung Haji (TH) bagi menambah baik pengurusan dan kecekapan Lembaga TH, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan berkata, Rang Undang-Undang (RUU) pindaan akta berkenaan akan dibentang di Parlimen selewat-lewatnya pada sesi Parlimen awal tahun depan.

“(Kerajaan) akan meminda Akta TH bagi memenuhi maksud maqasid bukan saja pengurusan tapi juga kecekapannya untuk berfungsi memberi penghayatan kepada ibadah umat Islam.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap merasmikan Sambutan Ulang Tahun ke-60 Lembaga Tabung Haji (TH) di Kuala Lumpur. Foto Facebook

“Kita akan cuba.. kalau tak sempat sesi Parlimen November ini, saya cuba awal tahun depan akan dibentangkan,” katanya pada Majlis Sambutan Ulang Tahun ke-60 Lembaga Tabung Haji (TH) di sini hari ini.

Yang turut hadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar dan Pengerusi Lembaga TH, Tan Sri Azman Mokhtar.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *