Akaun Facebook Bersatu Kena Godam?

Antara imej tangkap layar dari Facebook rasmi Bersatu yang menunjukkan foto ‘Undur Muhyiddin’ bersama-sama kenyataan mengkritik Presiden Bersatu itu pada 13 Februari 2026.

KUALA LUMPUR, 13 Feb – Warganet seakan ‘bingung’ melihat beberapa hantaran yang dimuat naik di akaun Facebook rasmi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bermula sekitar jam 6 petang tadi yang menimbulkan tanda tanya apabila kandungannya dilihat seolah-olah ‘digodam’ kerana bercanggah dengan keputusan parti berhubung pemecatan beberapa pemimpin dan ahlinya tengah hari tadi.

Situasi itu mencetuskan kekeliruan dalam kalangan penyokong apabila mesej yang dipaparkan tidak selari dengan pendirian rasmi parti yang sebelum ini mengumumkan tindakan disiplin terhadap beberapa pemimpin kanan termasuk Timbalan Presiden, Hamzah Zainudin yang dipecat serta-merta.

Poster besar ‘Undur Muhyiddin’ disiarkan di akaun Facebook rasmi Bersatu pada 13 Februari 2026.

Terbaharu, pengendali laman sosial itu telah mengemas kini ‘banner’ muka depan dengan poster tertera ‘UNDUR MUHYIDDIN’ setelah beberapa hantaran sebelum itu menyindir beberapa pemimpin dipercayai ditujukan kepada Setiausaha Agung, Mohamed Azmin Ali.

Selain itu, turut dimuat naik satu status yang ditujukan kepada Ketua Penerangan Bersatu dengan memetik dialog daripada filem ‘Tiga Abdul’.

Terdahulu, Lembaga Disiplin parti itu mengumumkan pemecatan 17 ahlinya termasuk Hamzah dan Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal susulan pelanggaran peruntukan Perlembagaan dan Kod Etika Tatakelakuan mengikut Fasal 22.5 Perlembagaan Bersatu.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *