Aidiladha: Terus Pupuk Semangat Keikhlasan, Pengorbanan, Semai Benih Ketakwaan Kepada Allah SWT – Mohd Khairol Iwan

Ketua Cabang KEADILAN Bukit Gantang, Mohd Khairol Iwan Mat Khairi menggesa umat Islam agar terus memupuk semangat keikhlasan dan pengorbanan tanpa mengharap apa-apa balasan serta mengikat erat tali silaturrahim serta serta menyemai benih ketaqwaan kepada Allah SWT. Foto Facebook Mohd Khairul Iwan bin Mat Khairi
BUKIT GANTANG, 6 Jun – Sempena sambutan Hari Raya Aidiladha esok, umat Islam digesa agar terus memupuk semangat keikhlasan dan pengorbanan tanpa mengharap apa-apa balasan serta mengikat erat tali silaturrahim serta serta menyemai benih ketaqwaan kepada Allah SWT, kata Mohd Khairol Iwan Mat Khairi.
“Aidiladha mengajar kita erti memberi tanpa meminta, taat tanpa bersyarat, keikhlasan dan pengorbanan tanpa balasan, mengikat erat tali silaturrahim sesama insan, serta menyemai benih ketaqwaan kepada Allah SWT.
”Ia juga selari dengan penegasan Allah SWT dalam Surah Al-Ma’idah ayat 3 yang bermaksud: ‘Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmat-Ku kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi agama untuk kamu. Maka sesiapa yang terpaksa kerana kelaparan (memakan benda-benda yang diharamkan) sedang ia tidak cenderung hendak melakukan dosa (maka bolehlah ia memakannya), kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.’’
“Salam Aidiladha 1446 Hijrah buat semua umat Islam di seluruh negara dan berdoa agar semua yang menunaikan ibadah di tanah suci memperolehi haji mabrur, insya-Allah,” katanya.

Sehubungan itu, beliau yang juga Ketua Cabang KEADILAN Bukit Gantang mewakili Jawatankuasa Cabang, Wanita dan AMK cabang, menjemput dan mengalu-alukan kehadiran semua untuk bersama-sama memeriahkan Program Korban Perdana 1446H dan Kenduri Rakyat KEADILAN Bukit Gantang yang akan diadakan Isnin ini.
“Saya mengalu-alukan kehadiran semua ke program yang akan diadakan pada Isnin, 12 Zulhijjah 1446H bersamaan 9 Jun 2025 bermula jam 8.30 pagi hingga 12.00 tengah hari bagi Program Korban Perdana dan dari jam 12.30 tengah hari hingga 3.30 petang bagi Program Kenduri Rakyat.
“Program berkenaan akan diadakan di kawasan Tanah Lapang bersebelahan Surau Nurul Jannah, Taman Mewah Fasa 1, Kamunting (Lokasi Program Korban Perdana https://maps.app.goo.gl/3xSxecA8GPLpzANVA) dan di Dewan Taman Mewah Fasa 1, Kamunting (Lokasi Program Kenduri Rakyat https://maps.app.goo.gl/5MV1LTXfHnTHLjMq5?g_st=com.google.maps.preview.copy).
“Kehadiran Tuan/Puan amatlah kami alu-alukan dalam semangat pengorbanan dan ukhwah silaturrahim sesama kita,” ujarnya menerusi hantaran di Facebook pada Jumaat.
Beliau turut mengharapkan agar segala perancangan bagi menjayakan kedua-dua program berkenaan mendapat keberkatan dan kesejahteraan buat masyarakat setempat.
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

