Aidiladha: PM Anwar, Isteri Tunai Solat Sunat Bersama 20,000 Jemaah

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika hadir menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Putra, Putrajaya pada 7 Jun 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

PUTRAJAYA, 7 Jun – Kira-kira 20,000 jemaah Masjid Putra, di sini ceria dengan kehadiran Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menunaikan solat sunat Hari Raya Aidiladha 1446 Hijrah pagi ini.

Perdana Menteri tiba bersama isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada jam 7.56 pagi dan ketibaan mereka berdua disambut Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan, sebelum memasuki dewan utama masjid.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika hadir menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Putra, Putrajaya pada 7 Jun 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Anwar kemudian bertakbir raya bersama para jemaah sebelum menunaikan solat sunat Aidiladha yang diimamkan oleh Imam Besar Masjid Putra, Muhamad Zakuwa Rodzali.

Perdana Menteri turut mendengar bacaan khutbah Aidiladha bertajuk ‘Korban dan Semangat Kebersamaan’ yang disampaikan oleh Muhamad Zakuwa.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika hadir menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Putra, Putrajaya pada 7 Jun 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Khutbah tersebut menekankan kepentingan ibadah korban dalam mendidik sikap kepedulian terhadap orang sekeliling serta melatih amalan bersedekah dan menghindarkan diri daripada sifat tamak.

Selepas selesai khutbah Aidiladha, Anwar turut berkesempatan menyantuni dan bersalaman dengan para jemaah di masjid berkenaan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika hadir menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Putra, Putrajaya pada 7 Jun 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *