Aidiladha: Kejayaan Anjur Korban Perdana, Kenduri Rakyat Manifestasi Kesyukuran Buat Penduduk Bukit Gantang – Mohd Khairol Iwan

Ketua Cabang KEADILAN BUkit Gantang, Mohd Khairol Iwan Mat Khairi (berkopiah) melaksanakan ibadah korban sempena Program Ibadah Korban Perdana 1446H yang diadakan pada 9 Jun 2025. Foto Facebook Mohd Khairol Iwan bin Mat Khairi

PENDAPAT, 12 Jun – Kejayaan penganjuran Korban Perdana 1446 dan Kenduri Rakyat anjuran KEADILAN Bukit Gantang merupakan manifestasi syukur yang mendalam atas limpahan rahmat dan rezeki daripada Allah SWT untuk dinikmati warga setempat.

Menurut Ketua Cabang KEADILAN Bukit Gantang, Mohd Khairol Iwan Mat Khairi, program yang dilangsungkan dalam suasana penuh harmoni ini bukan sahaja memperkukuh nilai keagamaan tetapi juga menyatukan masyarakat pelbagai latar belakang untuk bersama-sama meraikan semangat pengorbanan dan kebersamaan.

Para petugas pelbagai latar belakang membantu melapah lapan ekor lembu korban sempena Program Ibadah Korban Perdana 1446H yang diadakan di Taman Mewah pada 9 Jun 2025. Foto Facebook Mohd Khairol Iwan bin Mat Khairi

Sebanyak lapan ekor lembu telah dikorbankan hasil sumbangan pelbagai pihak sekali gus membolehkan daging korban dapat diagihkan secara adil kepada golongan asnaf, ibu tunggal, warga emas dan mereka yang memerlukan.

Menurutnya, program serentak ini bukan sahaja membantu meringankan beban golongan berpendapatan rendah malah menyemarakkan semangat gotong-royong dalam kalangan penduduk setempat, hingga lebih ramai penduduk dapat menikmati rahmat yang dikurniakan Allah SWT.

Kesemua jawatankuasa cabang KEADILAN Bukit Gantang turun membantu penganjuran Program Ibadah Korban Perdana 1446H yang diadakan pada 9 Jun 2025. Foto Facebook Mohd Khairol Iwan bin Mat Khairi

Tidak cukup dengan itu, Program Kenduri Rakyat yang turut diadakan sejurus selepas penyembelihan korban menjadi wadah perpaduan, di mana pemimpin dan rakyat dapat berinteraksi secara santai tanpa protokol, tanpa halangan seperti mana program rasmi seumpamanya.

Ini juga memperlihatkan pendekatan KEADILAN yang dekat dengan denyut nadi rakyat serta menjadikan ibadah korban sebagai satu platform mengukuhkan ukhuwah dan persaudaraan.

Sudah pasti acara masak-memasak secara kenduri-kendara dan bergotong-royong menjadi pengikat penyatuan kebersamaan dalam ukhuwah di kalangan masyarakat di kala jemaah haji negara melaksanakan ibadah wukuf di Arafah.

Para belia dan beliawanis bersama warga senior bersama-sama membantu mengagihkan daging korban sempena Program Ibadah Korban Perdana 1446H di Taman Mewah pada 9 Jun 2025. Foto Facebook Mohd Khairol Iwan bin Mat Khairi

Pelbagai masakan berasaskan daging lembu pastinya menjadi pilihan para tukang masak ‘semi-profesional’ selain gelak ketawa dan senda gurau tambah mengeratkan persefahaman di hari penuh dengan keinsafan dan kesyukuran.

”Tahniah kepada semua urusetia, Pengerusi JPKK, petugas, anggota, pendukung, dan sukarelawan KEADILAN Bukit Gantang atas kejayaan penganjuran Korban Perdana 1446H & Kenduri Rakyat KEADILAN Bukit Gantang yang mana ini adalah program pertama yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Cabang bagi sesi 2025-2028 yang baru dipilih bulan lalu.

“Mewakili pimpinan Jawatankuasa Cabang, Wanita, dan AMK, saya berterima kasih atas usaha hebat dan bertungkus-lumus Saudara dan Saudari sepanjang perlaksanaan program yang bermula semalam hingga petang ini (9 Jun),” katanya.

Sebahagian para petugas berkumpul selepas solat Hari Raya Aidiladha bagi membantu menjayakan Program Ibadah Korban Perdana 1446H yang diadakan di Taman Mewah pada 9 Jun 2025. Foto Facebook Mohd Khairol Iwan bin Mat Khairi

Tambahnya, usaha yang cukup baik ini tentunya melibatkan seluruh kekuatan yang memangkinkan sumbangan tenaga dan masa bagi seluruh individu yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung termasuk pengurusan surau, dewan serbaguna serta Pejabat Pegawai Khas Menteri Besar DUN Kuala Sepetang yang prihatin dan cakna.

“Pertama kali dalam tempoh lapan tahun, KEADILAN Bukit Gantang berjaya menganjurkan Kenduri Rakyat khusus buat penduduk di Taman Mewah dan sekitar.

“Program ini dilaksanakan secara gotong royong bersama anggota dan pendukung KEADILAN di ranting Taman Mewah.

Kesemua jawatankuasa cabang KEADILAN Bukit Gantang turun membantu penganjuran Program Ibadah Korban Perdana 1446H yang diadakan pada 9 Jun 2025. Foto Facebook Mohd Khairol Iwan bin Mat Khairi

“Alhamdulillah, semoga kejayaan penganjuran program kali pertama ini menjadi titik tolak ke arah lebih baik dalam usaha mendekati masyarakat setempat secara amnya & memperkasakan serta menggerakkan dukungan Keadilan dan Perpaduan di Cabang Bukit Gantang khususnya.

“Diharap momentum semangat keterlibatan bersama secara ekektif dalam setiap program dan aktiviti seterusnya akan terus digilap dan kekal konsisten.

“Akhir kata, terima kasih juga saya zahirkan buat Jawatankuasa Induk Program ini yang memastikan perjalanan program berjalan dengan lancar dan cukup baik,” katanya lagi.

Ketua Cabang KEADILAN BUkit Gantang, Mohd Khairol Iwan Mat Khairi (berkopiah) menyaksikan operasi ibadah korban sempena Program Ibadah Korban Perdana 1446H yang diadakan pada 9 Jun 2025. Foto Facebook Mohd Khairol Iwan bin Mat Khairi

Berikutan sambutan hangat yang diberikan penduduk sekitar, beliau menjangkakan akan menjadikan program tersebut secara tahunan malah bakal dilaksanakan dalam skala besar bagi menzahirkan ketakwaan kepada Allah SWT.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *