Agong Terima Menghadap PM Anwar Di Johor Bahru Hari Ini

Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim Sultan Iskandar (tengah) dan Tuanku Mahkota Ismail (kiri) menerima menghadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru, pada Selasa. Foto Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

JOHOR BAHRU, 6 Ogos – Yang Di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Istana Pasir Pelangi, di sini, hari ini.

Turut serta dalam pertemuan tersebut, Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail.

Pertemuan tersebut berlangsung selama kita-kira dua jam selain baginda turut mencemar duli santap bersama-sama Anwar.

Foto pertemuan tersebut turut dimuat naik dalam Facebook rasmi milik Tuanku Mahkota Ismail.

Sultan Ibrahim menggantikan Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang tamat tempoh pemerintahan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16, selepas memegang tampuk pemerintahan negara sejak 31 Januari 2019.

Menerusi maklumat di media sosial itu, perkongsian pertemuan itu menerima lebih 2,600 tanda suka, 150 perkongsian (shares) dengan 84 komen daripada warganet setakat ini.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *