Agong Terima Menghadap PM Anwar Di Istana Bukit Tunku

Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim pada 24 Februari 2026 berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Foto Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
KUALA LUMPUR, 24 Feb – Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim pada Selasa berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pada sesi itu, Seri Paduka Baginda berkenan dipersembahkan perkembangan terkini urusan pentadbiran Kerajaan Persekutuan serta membincangkan isu-isu semasa berkepentingan negara.

Menurut catatan di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, pertemuan Perdana Menteri bersama dengan Seri Paduka Baginda itu berlangsung di Istana Bukit Tunku, di sini hari ini.
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web
