Agong Dipersembah Taklimat Isu Semasa Oleh PM Anwar

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mempersembahkan taklimat berhubung pelbagai isu-isu semasa kepada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim di Istana Bukit Tunku pada 25 September 2025. Foto Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

KUALA LUMPUR, 25 Sep – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mempersembahkan taklimat berhubung pelbagai isu-isu semasa kepada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.

Seri Paduka Baginda turut dipersembahkan mengenai pelaksanaan Inisiatif Budi Madani RON95 (BUDI95) serta persiapan Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47 yang dijadualkan berlangsung di ibu negara pada bulan depan.

Terdahulu, Seri Paduka Baginda berkenan menerima mengadap Perdana Meteri pada sesi menghadap di Istana Bukit Tunku pagi ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mempersembahkan taklimat berhubung pelbagai isu-isu semasa kepada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim di Istana Bukit Tunku pada 25 September 2025. Foto Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

“Pertemuan YAB Perdana Menteri bersama Seri Paduka Baginda berlangsung di Istana Bukit Tunku, Kuala Lumpur hari ini (25 September),” demikian menurut hantaran di laman sosial Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Isnin lalu, Anwar mengumumkan pelaksanaan petrol RON95 pada harga RM1.99 berbanding RM2.05 seliter bermula 30 September ini bagi rakyat tempatan tanpa mengambil kira tahap pendapatan.

Menerusi inisiatif itu, pengguna hanya perlu memasukkan MyKad ke dalam alat pembaca di pam minyak untuk pengesahan kelayakan sebelum membuat bayaran.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mempersembahkan taklimat berhubung pelbagai isu-isu semasa kepada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim di Istana Bukit Tunku pada 25 September 2025. Foto Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

Rakyat Malaysia juga boleh mula membuat semakan kelayakan inisiatif BUDI95 yang dilancarkan oleh Kementerian Kewangan, bermula pukul 9 pagi hari ini.

Portal rasmi www.budimadani.gov.my kini dibuka untuk semakan profil kelayakan dan baki penggunaan subsidi bulanan, dengan semakan dilakukan secara automatik menggunakan nombor kad pengenalan tanpa perlu pendaftaran baharu.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *