35 Ribu Mahasiswa Sabah Terima Manfaat Subsidi Tiket Penerbangan

Armizan hadir sempena Majlis Berbuka Puasa Mahasiswa Semenanjung Bersama Ketua Menteri Sabah di Shah Alam pada 8 Mac 2026. Foto Armizan Mohd Ali

SHAH ALAM, 8 Mac – Seramai 35,000 mahasiswa dari Sabah akan menerima manfaat Bantuan Graduan Rindu Sabah Subsidi Tiket Penerbangan (GRS/SUBFLY), tahun ini, susulan sokongan Kerajaan Persekutuan terhadap pelaksanaan inisiatif berkenaan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali, berkata jangkaan itu berdasarkan kejayaan pelaksanaan program berkenaan sepanjang tahun lalu yang telah membantu mahasiswa menampung kos perjalanan pulang ke negeri asal mereka.

Armizan hadir sempena Majlis Berbuka Puasa Mahasiswa Semenanjung Bersama Ketua Menteri Sabah di Shah Alam pada 8 Mac 2026. Foto Armizan Mohd Ali

“Inisiatif GRS/SUBFLY mula diperkenalkan Kerajaan Sabah pada 2024 hasil interaksi bersama mahasiswa yang membangkitkan isu kos tiket penerbangan untuk pulang ke Sabah, terutama ketika musim perayaan.

“Tahun lalu, bantuan ini dilaksanakan dengan kerjasama Kementerian Pengangkutan dan telah disalurkan kepada mahasiswa dengan perbelanjaan keseluruhan berjumlah RM11.7 juta,” katanya pada sidang media di Pusat Konvensyen Setia City (SCCC), di sini, hari ini.

Armizan berkata, seramai 19,505 mahasiswa Sabah yang melanjutkan pengajian di Semenanjung Malaysia, Sarawak serta Labuan telah menerima manfaat program berkenaan pada tahun lalu membabitkan subsidi berjumlah RM600 setiap orang.

Armizan hadir sempena Majlis Berbuka Puasa Mahasiswa Semenanjung Bersama Ketua Menteri Sabah di Shah Alam pada 8 Mac 2026. Foto Armizan Mohd Ali

Beliau yang juga Ahli Parlimen Papar berkata, jangkaan pertambahan jumlah penerima pada tahun ini bertujuan memastikan lebih ramai mahasiswa Sabah dapat pulang ke kampung halaman tanpa dibebani kos penerbangan yang tinggi.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *