1MDB: Tiada Sebarang Pertimbangan Pengampunan Jho Low – PM Anwar

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada majlis sambutan Hari Belia Negara 2026 yang dilangsungkan di D’Tempat Country Club Sendayan, Negeri Sembilan pada 15 Mei 2026. Foto KBS

SEREMBAN, 15 Mei – Malaysia tidak akan mempertimbangkan sebarang permohonan pengampunan melibatkan ahli perniagaan yang menjadi buruan pihak berkuasa, Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata bagi kerajaan Malaysia isu itu tidak timbul kerana prosiding mahkamah melibatkan individu berkenaan masih berjalan.

“Tiada isu, kita tidak akan mempertimbangkannya,” kata beliau kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Hari Belia Negara (HBN) 2026, di sini hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada majlis sambutan Hari Belia Negara 2026 yang dilangsungkan di D’Tempat Country Club Sendayan, Negeri Sembilan pada 15 Mei 2026. Foto KBS

Ditanya sama ada kerajaan akan membantah secara rasmi sebarang tindakan oleh Amerika Syarikat (AS) berhubung perkara itu, Anwar berkata: “Bagi pihak kita, kita tidak akan mengambil pendekatan itu … namun sudah tentu apa jua keputusan AS ia urusan mereka sendiri.”

Perdana Menteri berkata beliau juga tidak dimaklumkan mengenai sebarang permohonan pengampunan yang dikemukakan oleh Jho Low.

“Kita telah menjelaskannya dengan sejelas-jelasnya, ia tidak menjadi isu. Walaupun dia (Jho Low) ada kemuka permohonan (pengampunan), ia bukan perkara yang perlu kita bincangkan kerana dia masih melalui proses perundangan di mahkamah,” kata beliau.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada majlis sambutan Hari Belia Negara 2026 yang dilangsungkan di D’Tempat Country Club Sendayan, Negeri Sembilan pada 15 Mei 2026. Foto Bernama

Dua hari lepas, media asing melaporkan Jho Low yang didakwa oleh AS sebagai dalang satu penipuan kewangan terbesar dalam sejarah, dipercayai telah mengemukakan permohonan pengampunan kepada Presiden Donald Trump beberapa minggu yang lepas.

Menurut laporan itu, kelulusan permohonan berkenaan akan menyebabkan pertuduhan jenayah di AS terhadap Jho Low digugurkan.

Laporan itu turut menyatakan laman web Jabatan Kehakiman (DOJ) AS menyenaraikan permohonan atas nama Taek Jho Low sebagai “pending” bagi “Pardon after Completion of Sentence”.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada majlis sambutan Hari Belia Negara 2026 yang dilangsungkan di D’Tempat Country Club Sendayan, Negeri Sembilan pada 15 Mei 2026. Foto KBS

Ahli perniagaan itu didakwa pada 2018 kerana menyeleweng kira-kira USD4.5 bilion (RM17.7 bilion) daripada dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB), namun masih bebas dan diburu pihak berkuasa.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *