18 Individu Terima Sumbangan Khas Daripada PM Anwar

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata sumbangan itu disampaikan oleh Setiausaha Politik beliau iaitu Datuk Ahmad Farhan Fauzi semalam. Foto Facebook Anwar Ibrahim

PUTRAJAYA, 28 Sep – Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menghulurkan bantuan khas kewangan kepada 18 individu yang memerlukan.

Menerusi hantaran di laman Facebook, Perdana Menteri berkata sumbangan itu disampaikan oleh Setiausaha Politik beliau iaitu Datuk Ahmad Farhan Fauzi semalam.

“Semoga sumbangan ini dapat meringankan beban mereka dan saya mendoakan agar Allah SWT mempermudahkan segala urusan.

“Saya dan rakan-rakan Kerajaan MADANI akan terus berusaha membantu setiap rakyat yang memerlukan, insya-Allah,” katanya.

Selain individu memerlukan, Anwar juga telah menyalurkan bantuan kepada artis tempatan yang ditimpa musibah antaranya Sazali P Ramlee, Ebby Yus, Ali XPDC dan Zaiton Sameon.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *