Ziarah MADANI: Pesakit Buah Pinggang Kronik Terima Sumbangan PM Anwar

Ahmad Farhan mewakili Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghulurkan bantuan dan kotak makanan kepada seorang pesakit buah pinggang kronik, Anuar Hassan, di Balok Baru, Kuantan, Pahang pada 12 Mei 2026. Foto Farhan Fauzi

KUANTAN, 12 Mei – Seorang pesakit buah pinggang kronik, Anuar Hassan, di Balok Baru, dekat sini, tidak menyangka menerima sumbangan daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi program Ziarah MADANI bagi parlimen Indera Mahkota, hari ini.

Sumbangan daripada Perdana Menteri tersebut disampaikan oleh Setiausaha Politiknya, Datuk Ahmad Farhan Fauzi yang bukan sekadar menziarahi beliau, malah bertanya khabar tentang keadaan kesihatannya.

Ahmad Farhan mewakili Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghulurkan bantuan dan kotak makanan kepada seorang pesakit buah pinggang kronik, Anuar Hassan, di Balok Baru, Kuantan, Pahang pada 12 Mei 2026. Foto Farhan Fauzi

Menerusi hantaran di media sosial yang turut dikongsikan Perdana Menteri, Ahmad Farhan berkata, sumbangan itu bagi membantu meringankan beban yang ditanggung keluarga Anuar.

Anuar yang tinggal bersama dengan isteri dan anak-anaknya dalam keadaan menghidapi penyakit berkenan, juga terpaksa bergantung pada mesin alat bantuan pernafasan untuk meneruskan kehidupan seharian.

Pesakit buah pinggang kronik, Anuar Hassan, diziarahi Ahmad Farhan mewakili Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi menghulurkan bantuan dan kotak makanan di Balok Baru, Kuantan, Pahang pada 12 Mei 2026. Foto Farhan Fauzi

“Saya amat tersentuh melihat ketabahan beliau dan keluarga dalam menghadapi ujian yang berat ini,” katanya menerusi hantaran itu, hari ini.

Ahmad Farhan juga menitipkan doa agar Anuar terus diberi kekuatan, dipermudah segala urusan serta dikurniakan kesembuhan yang baik oleh Allah SWT.

Ahmad Farhan mewakili Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghulurkan bantuan dan kotak makanan kepada seorang pesakit buah pinggang kronik, Anuar Hassan, di Balok Baru, Kuantan, Pahang pada 12 Mei 2026. Foto Farhan Fauzi

“Semoga semangat dan ketabahan keluarga ini menjadi inspirasi kepada kita semua agar sentiasa saling membantu dan mengambil berat antara satu sama lain,” katanya.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *