Ziarah MADANI: Ibu Tunggal 10 Anak Terima Sumbangan PM Anwar

Ahmad Farhan mewakili Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menziarahi keluarga Wan Azizah Wan Mohd Ali di Kampung Sungai Karang Darat, Kuantan pada 21 Jun 2025. Foto Facebook Ahmad Farhan Fauzi

KUANTAN, 21 Jun – Prihatin dengan kesusahan keluarga daif di negeri ini, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tampil menghulurkan bantuan kepada seorang ibu tunggal, Wan Azizah Wan Mohd Ali, 79, yang hidup dalam serba kekurangan di kediaman mereka di Kampung Sungai Karang Darat di sini.

Bantuan pelbagai barangan keperluan asas tersebut disampaikan menerusi Setiausaha Politik beliau, Datuk Ahmad Farhan Fauzi ketika menziarahi ibu kepada 10 cahaya mata itu sempena sesi Ziarah MADANI.

Ahmad Farhan mewakili Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menziarahi keluarga Wan Azizah Wan Mohd Ali di Kampung Sungai Karang Darat, Kuantan pada 21 Jun 2025. Foto Facebook Ahmad Farhan Fauzi

Menerusi hantaran di Facebook, Ahmad Farhan berkata Wan Azizah yang bergantung pada pencen arwah suami untuk menyara keluarga, berdepan pelbagai kesukaran kerana turut mengidap penyakit darah tinggi selain perlu mengurus anak yang mempunyai masalah kesihatan mental.

“Kediaman beliau dalam keadaan sangat daif, atap bocor, lantai reput dan berlubang.

Ahmad Farhan mewakili Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menziarahi keluarga Wan Azizah Wan Mohd Ali di Kampung Sungai Karang Darat, Kuantan pada 21 Jun 2025. Foto Facebook Ahmad Farhan Fauzi

“Bagi pihak Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, saya menyampaikan sumbangan sebagai tanda prihatin dan sedang meneliti bantuan sewajarnya bagi meringankan beban puan Wan Azizah, termasuk pembaikan rumah,” katanya dalam catatan yang turut dikongsi Perdana Menteri hari ini.

Pada hantaran sama, Ahmad Farhan turut berkongsi beberapa keping gambar keadaan kediaman Wan Azizah yang mengalami masalah struktur berkenaan.

Ahmad Farhan mewakili Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menziarahi keluarga Wan Azizah Wan Mohd Ali di Kampung Sungai Karang Darat, Kuantan pada 21 Jun 2025. Foto Facebook Ahmad Farhan Fauzi

Keadaan kurang selesa ditambah lagi dengan cuaca panas ketika ini tambah menyukarkan beliau menjalani kehidupan seharian lantaran keluarganya hidup dalam serba kekurangan.

Ahmad Farhan juga mendoakan semoga segala urusan Wan Azizah dipermudahkan Allah SWT.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *