Wimbledon: Kejayaan Swiatek Luar Biasa

Jaguh Poland, Iga Swiatek menjerit kegembiraan apabila diraikan dalam majlis sambutan kemenangan di Gelanggang Utama, Wimbledon, London pada 12 Julai 2025. Foto AFP

LONDON, 12 Jul – Iga Swiatek menepati ramlan apabila membenam jaguh Amerika Syarikat, Amanda Anisimova 6-0, 6-0 pada perlawanan akhir perseorangan wanita Wimbledon dalam tempoh 114 tahun untuk merangkul gelaran Grand Slam keenamnya.

Pilihan kelapan dari Poland itu menguasai permainan sejak mata pertama dan menamatkan kemenangan hanya dalam masa 57 minit dengan aksi penuh bergaya di Gelanggang Utama.

Ini merupakan kali pertama seorang pemain wanita memenangi final Wimbledon tanpa kehilangan sebarang mata sejak tahun 1911, apabila pemain Britain, Dorothea Lambert Chambers menang dengan keputusan yang sama.

Dua sisi kejayaan Iga Swiatek hanya selang tujuh tahun di gelanggang sama.

Swiatek, 24, juga merupakan pemain kedua dalam era Terbuka yang memenangi kejohanan utama tanpa kehilangan sebarang mata pada final, selepas Steffi Graf menundukkan Natalia Zvereva pada Terbuka Perancis 1988.

“Ia terasa seperti satu khayalan,” kata Swiatek, yang muncul juara perseorangan Wimbledon pertama dari Poland dan kini memenangi kejohanan utama di semua jenis permukaan.

Swiatek hanya kehilangan satu set sepanjang kejohanan dalam usaha meraih trofi pertamanya di gelanggang rumput, dua minggu selepas mara ke final kejohanan gelanggang rumput di Bad Homburg.

Pemain tenis Poland, Iga Swiatek, menjulang trofi kemenangan, Venus Rosewater Dish, selepas menewaskan pemain Amerika Syarikat, Amanda Anisimova, dalam perlawanan akhir perseorangan wanita pada hari ketiga belas Kejohanan Wimbledon 2025 di Kelab All England Lawn Tennis and Croquet, Wimbledon, barat daya London pada 12 Julai 2025. Foto AFP

Pilihan ke-13 dari Amerika Syarikat, Anisimova dijangka mampu memberikan saingan sengit selepas menewaskan pemain nombor satu dunia Aryna Sabalenka pada separuh akhir, tetapi Swiatek tampil dengan aksi penuh dominasi.

Swiatek kini muncul juara Wimbledon wanita kali pertama yang kelapan berturut-turut sejak Serena Williams memenangi gelaran ketujuh dan terakhirnya di Kelab All England pada 2016.

Dia memenangi semua enam perlawanan akhir Grand Slam yang disertainya.

Pemain tenis Poland, Iga Swiatek, menjulang trofi kemenangan, Venus Rosewater Dish, selepas menewaskan pemain Amerika Syarikat, Amanda Anisimova, dalam perlawanan akhir perseorangan wanita pada hari ketiga belas Kejohanan Wimbledon 2025 di Kelab All England Lawn Tennis and Croquet, Wimbledon, barat daya London pada 12 Julai 2025. Foto AFP

Swiatek, yang kini mencatat 100 kemenangan dalam perlawanan Grand Slam sepanjang kariernya, memenangi Terbuka Perancis sebanyak empat kali dan juga Terbuka AS pada 2022.

Prestasi terbaiknya di Wimbledon sebelum ini hanya mara ke suku akhir pada 2023.–AFP

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *