Warganet Sokong PM Anwar Bertindak Tegas Ke Atas Menteri Pelancongan, MOTAC

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghantar pulang Perdana Menteri Pakistan Muhammad Shehbaz Sharif yang mengakhiri lawatan rasmi ke Malaysia pada 7 Oktober 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

SEPANG, 7 Okt – Tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memberi amaran keras kepada Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing serta kementerian berkenaan agar memastikan bahawa kesilapan menghidangkan arak di acara rasmi kerajaan tidak berulang, mendapat sokongan warganet di media sosial.

Berdasarkan tinjauan, rata-rata mereka menyokong kecaman keras Perdana Menteri ke atas King Sing kerana tidak memahami sensitiviti masyarakat selain ada yang mencadangkan agar ahli parlimen Bintulu itu diganti.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghantar pulang Perdana Menteri Pakistan Muhammad Shehbaz Sharif yang mengakhiri lawatan rasmi ke Malaysia pada 7 Oktober 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Amaran keras dulu selepas ini buat lagi harap2 PMX dah tak bagi peluang & terus buang jer ( buat malu kerajaan Madani ) ramai lagi Ahli Parlimen PH yg layak..,” tulis Muhammad Abdul Razak.

Manakala Nurmahirah Muhamad Yusob berkata, “Haa bagus, sila buat tindakan tegas – gantung tugas atau pecat ja…peringatan untuk pegawai kerajaan lain berpikir dulu sebelum buat keputusan. Setakat warning aja x jalan esok2 repeat. No respect at all.,” katanya.

Antara komen warganet yang menyokong tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Tiong King Sing dan MOTAC pada 7 Oktober 2025.

Terdahulu Perdana Menteri berkata, penjelasan kementerian itu bahawa minuman keras hanya dihidangkan selepas selesai acara rasmi adalah tidak wajar kerana dasar kerajaan secara tegas tidak membenarkan ia dihidangkan sama sekali.

“Penjelasan MOTAC (Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya) ialah… ini setelah selesai acara rasmi, tapi tempat dan majlis yang sama. Kami telah berikan peringatan keras kepada menteri dan kementerian supaya tidak mengulangi kesilapan ini walaupun penjelasan itu adalah bahawa program berakhir, tetapi tidak wajar sama sekali,” katanya.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghantar pulang Perdana Menteri Pakistan Muhammad Shehbaz Sharif yang mengakhiri lawatan rasmi ke Malaysia pada 7 Oktober 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Perdana Menteri berkata demikian selepas menghantar pulang Perdana Menteri Pakistan, Muhammad Shehbaz Sharif yang selesai mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia.

Terdahulu, tular gambar memaparkan program didakwa Global Travel Meet 2025 Gala Dinner di bawah Tourism Malaysia menyajikan minuman beralkohol, namun King Sing menegaskan pihak industri dan sektor swasta teruja dengan acara global yang julung kali dianjurkan itu sehingga menaja serta meraikan rakan-rakan industri antarabangsa melalui majlis makan malam berkenaan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghantar pulang Perdana Menteri Pakistan Muhammad Shehbaz Sharif yang mengakhiri lawatan rasmi ke Malaysia pada 7 Oktober 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *