Warga Penanti ‘Satu Hati’ Anjur Program Komuniti, Gotong-Royong Erat Hubungan

Nur Aishah bersama barisan Jawatankuasa Program Hari Terbuka Kanak-Kanak Peringkat Daerah Seberang Perai Tengah. Foto Muzakkir Haron

PERMATANG PAUH, 1 Jan – Pepatah Melayu ” Bulat air kerana pembetung, bulat kata kerana muafakat ia mungkin sinonim dengan segala usaha yang telah diatur yang membabitkan pihak MPKK atau komuniti termasuk penglibatan Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga Dun Penanti.

Sebut sahaja Komuniti Taman Guar Perahu memang dikenali oleh penduduk berhampiran terutamanya di parlimen Permatang Pauh.

Turut menjadi bualan, penglibatan beberapa jabatan kerajaan seperti Pejabat Belia Daerah Seberang Perai Tengah atau agensi-agensi kerajaan lainnya berasa selesa kerana penduduknya yang rajin serta saling bantu membantu dan bekerjasama dalam menjayakan apa-apa program ataupun aktiviti-aktiviti.

Bukan itu sahaja Taman Guar Perahu, antara lokasi utama yang menjadi pilihan pihak jabatan atau agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk bekerjasama bagi menganjurkan sebarang program atau aktiviti kemasyarakatan peringkat Daerah Seberang Perai Tengah.

Istimewanya lagi ialah di Taman Guar Perahu selain adanya Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) turut mempunyai Skuad Kawasan Rukun Tetangga (SKRT) yang ditugaskan menjalankan rondaan di sebelah malam.

Nur Aishah bersama barisan Jawatankuasa Program Hari Terbuka Kanak-Kanak Peringkat Daerah Seberang Perai Tengah. Foto Muzakkir Haron

Turut sama terdapatnya Sukarelawan Komuniti Taman Guar Perahu dan Kelab Veteran Taman Guar Perahu. Penduduk di taman ini menjadi lebih bermakna serta dianggap bertuah di mana salah seorang penduduknya di sini iaitu Taman Guar Perahu kini telahpun bergelar seorang Ahli Majlis, Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP).

Peranannya seumpama seorang ‘YB Kecil’ yang boleh dipertanggungjawabkan dalam membantu urusan yang bersangkut dengan hal ehwal komuniti penduduk setempat atau terdapatnya aduan-aduan yang skopnya hanya yang mempunyai perkaitan Pihak Berkuasa Tempatan sahaja (PBT).

Contohnya setiap seorang Ahli Majlis yang dilantik telah ditentukan mengikut kawasan yang bersesuaian dengan tempat tinggal mereka dan diletakkan di dalam kawasan mengikut Dun berkenaan.

Nur Aishah Zainol yang dilihat insan cukup prihatin dan berdedikasi di dalam menjalankan tugas dan melaksanakan amanah tanggungjawabnya selaku Ahli Majlis MBSP yang baharu.

Menjengah tugasan hakiki Nur Aishah selaku Ahli Majlis tidaklah sesukar mana malah beliau adakalanya kerap berjumpa dengan pihak komuniti dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung(MPKK) untuk berbincang sekiranya mahu menganjurkan akiviti ataupun program.

Nur Aishah menyerahkan sumbangan basikal kepada kanak-kanak bagi kegunaan ke sekolah menjelang pembukaan sesi baharu. Foto Muzakkir Haron

Tatkala ketika diajukan pertanyaan kepada Nur Aishah ” biarpun belum genap setahun pelantikannya apakah cabaran yang telah ditempuhi sepanjang bergelar seorang Ahli Majlis Bandaraya Seberang Perai?

Pertuturannya agak sedikit laju bagaikan seumpama halilintar ketika merespon pertanyaan kami di mana beliau Nur Aishah Zainol amat gembira dan tidak menganggap ianya sebagai satu cabaran kerana tugasan ini amat menyeronokkan sekali.

Malah berbekalkan pengalamannya sebelum ini sebagai Setiausaha Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga Dun Penanti memudahkan lagi kerja-kerja yang selari dengan tugasan hakiki sekarang.

Keluarganya turut memberikan sokongan dalam kerjayanya selaku seorang Ahli Majlis Seberang Perai Utara dulu. Beliau sekali lagi merangkap sebagai Penyelia Pusat Aktiviti Kanak-Kanak terlibat di dalam penganjuran program bersempena Hari Terbuka Pusat Aktiviti Kanak-Kanak Daerah Seberang Perai Tengah yang telah diadakan di perkarangan Dewan Pintar Taman Guar Perahu.

Program tersebut telah dianjurkan oleh Pusat Perlindungan Kanak-Kanak Seberang Perai Tengah dengan kerjasama Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Seberang Perai Tengah Bukit Mertajam.

Program Hari Terbuka Kanak-Kanak di bawah penyeliaan Nur Aishah adalah merupakan program penutup tirai bagi tahun 2023 sepanjang pembabitannya selaku seorang Ahli Majlis, Majlis Bandaraya Seberang Perai walaupun baru beberapa bulan sahaja dilantik sejak bulan Oktober lalu.

Program yang diadakan pada bukan cuti hujung minggu tetap mendapat sambutan dan cukup meriah dengan penyertaan ramai kanak-kanak dan waris mengambil bahagian di dalam acara-acara yang dipertandingkan melibatkan kanak-kanak seperti pertandingan mewarna, cari gula dalam tepung, makan biskut, makan epal dan banyak lagi.

Turut tidak ketinggalan juga disediakan acara yang melibatkan penyertaan Family Duo (karaoke) Hiasan Warna Pasu Labu Sayong, Hiasan Sandwich, senamrobik, serta pertunjukan demo menangkap ular.

Nur Aishah bermesra dengan sebahagian kanak-kanak yang hadir pada program hari kanak-kanak Dun Penanti baru-baru ini. Foto Muzakkir Haron

Pun begitu mencuri tumpuan adalah acara menunggang kuda bagi kanak-kanak. Kemuncak program yang berakhir pada jam 2.00 petang telah diserikan lagi dengan kehadiran tetamu khas iaitu Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Seberang Perai Tengah yang diberikan penghormatan menyampaikan hadiah-hadiah kepada peserta yang berjaya.

Kanak-kanak tampil dengan fesyen tema berpakaian warna unircon. Nur Aishah turut dilihat menyantuni dan bermesra dengan kanak-kanak seperti di dalam gambar. Beliau tidak melepaskan perasaan rindunya pada kanak-kanak di majlis tersebut kerana sebelum inipun pernah bersama dengan mereka.

Nur Aishah turut menyediakan kalendar tahun 2024 yang tertera namanya selaku Ahli Majlis Bandaraya Seberang Perai untuk diedarkan kepada tetamu yang hadir terutamanya wakil-wakil komuniti Dun Penanti dan penduduk yang tinggal di Taman Guar Perahu.

  • Oleh Muzakkir Haron


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *