Warga Asing Guna Bas GoKL Akan Dikenakan Caj – DBKL

Warga tempatan dikehendaki membuat pendaftaran bagi menikmati perkhidmatan bas GoKL secara percuma. Foto Arkib
KUALA LUMPUR, 30 Nov – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengenakan caj secara berperingkat kepada warga asing yang menggunakan perkhidmatan bas GoKL.
DBKL dalam satu kenyataan berkata caj itu membabitkan empat laluan di sekitar pusat bandar iaitu laluan 01 (hijau), 02 (ungu), 03 (merah) dan 04 (biru).
“Transaksi pembayaran adalah melalui kad Touch ‘n Go (TnG), kod QR, kad kredit ataupun kad debit.
“Bagi warganegara Malaysia yang menggunakan MyKad mempunyai sistem TnG dikehendaki membuat pendaftaran bagi menikmati perkhidmatan percuma.
“Perkhidmatan bas GoKL adalah percuma kepada semua kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah,” katanya.

Pendaftaran boleh dilakukan di kaunter Hentian Bas KLCC, Hentian Akhir Titiwangsa (Pekeliling) serta Hentian Akhir Pasar Seni mulai esok bermula jam 7 pagi sehingga 12 tengah hari dan 2 petang sehingga 7 petang.
Pendaftaran juga boleh dilakukan pada setiap Rabu bermula 6 Disember di Lobi Menara DBKL 1 pada jam 9 pagi sehingga 12 tengah hari dan 2 petang sehingga 4 petang.
Sebarang pertanyaan boleh emelkan di jpb@dbkl.gov.my atau di talian 03-2028 2314.
Perkhidmatan tersebut bertujuan memudahkan pelancong tempatan dan asing mengelilingi pusat bandar sambil menikmati pemandangan ibu kota setiap hari.
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web
