Umat Islam Mula Berpuasa 12 Mac

Penyimpan Mohor Besar Raja-raja, Syed Danial Syed Ahmad ketika mengumumkan tarikh permulaan puasa untuk umat Islam di Malaysia.

KUALA LUMPUR, 10 MacUmat Islam di Malaysia akan mula berpuasa Ramadan pada Selasa, demikian diumumkan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Syed Danial Syed Ahmad malam tadi.

Tarikh permulaan puasa bagi seluruh Malaysia itu ditetapkan menurut perintah Yang di-Pertuan Agong dengan perkenan raja-raja, selepas melihat anak bulan petang tadi.

“Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja, Penyimpan Mohor Besar Raja-raja, Malaysia mengisytiharkan bahawa tarikh permulaan puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia ialah pada hari Selasa, 12 Mac 2024.”


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *