Ukraine Mula Eksport Elektrik Ke Eropah

KYIV, 1 Jul – Ukraine mula mengeksport bekalan elektrik ke Eropah pada Khamis, kata Perdana Menteri Ukraine, Denys Shmyhal.
“Eksport elektrik dari Ukraine ke Eropah sudah bermula,” tulis Shmyhal di Telegram, lapor Xinhua.
Shmyhal berkata untuk permulaan, bekalan elektrik disalurkan ke Romania dengan kapasiti sebanyak 100 megawatt.

Ukraine menyasarkan untuk meningkatkan kapasiti aliran elektrik ke Eropah kepada 2.5 gigawatt untuk masa akan datang.
Menurut Shmyhal, Ukraine berpotensi menjana pendapatan lebih 70 bilion hryvnyas (kira-kira US$2.4 bilion) setahun bagi eksport elektrik ke negara Eropah.
Pada Mac, grid elektrik Ukraine telah diselaraskan dengan Rangkaian Pengendali Sistem Penghantaran Elektrik Eropah.
– BERNAMA
