Ugut Lapor Jika Tak Dibayar, SPRM Tahan Suspek

SPRM menahan seorang individu tidak bekerja yang juga suspek utama, dan seorang pengarah urusan di sebuah syarikat pembekal pasir, di Pulau Pinang, pada 2 April 2026.

KUALA LUMPUR, 3 Apr – Dua individu ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki meminta dan menerima kira-kira RM1 juta daripada seorang pengarah syarikat pembekal pasir.

Menurut sumber, mereka disyaki meminta dan menerima rasuah sebagai balasan tidak melaporkan perbuatan syarikat tersebut kepada SPRM.

Katanya, SPRM menahan seorang individu tidak bekerja yang juga suspek utama, dan seorang pengarah urusan di sebuah syarikat pembekal pasir, di Pulau Pinang, semalam.

“Suspek utama ditahan melalui satu operasi khas yang dijalankan Bahagian Perisikan SPRM di sebuah restoran di mana tiga keping cek bernilai kira-kira RM1 juta diserahkan kepadanya,” katanya.

Katanya lagi, suspek utama disyaki mengugut untuk membuat laporan kepada SPRM sekiranya tidak dibayar.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Ahmad Khusairi Yahaya mengesahkan penahanan tersebut. Seorang saksi telah diambil keterangan, setakat ini.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *