Tujuh Maut Kren Tumbang Di Kilang Thailand

Imej kren tumbang yang membunuh tujuh orang di sebuah kilang jam 4 petang di wilayah Rayong. Foto AFP
BANGKOK, 29 Mac – Sekurang-kurang tujuh maut apabila sebuah kren tumbang ketika kerja-kerja pembinaan sedang dijalankan di sebuah kilang di Thailand, semalam, menurut polis.
“Kejadian itu berlaku di wilayah Rayong di selatan Bangkok, kira-kira jam 4 petang ketika kerja-kerja pembinaan sebuah kilang untuk membuat serombong logam,” kata ketua polis tempatan, Chaipong Sangpongchai, kepada AFP.
Menurut laporan media tempatan, kesemua mangsa terbabit adalah pekerja kilang.
Kemalangan pembinaan adalah perkara biasa di seluruh Thailand, dengan pengendali perniagaan sering mengabaikan keperluan keselamatan dan beroperasi tanpa permit.
Pada bulan Januari, satu letupan besar di sebuah kilang bunga api di Suphan Buri membunuh 23 orang.
Sekurang-kurangnya 10 orang maut dan lebih 100 lagi cedera dalam letupan di sebuah kilang di Narathiwat, selatan Thailand, Julai lalu. – AFP
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web
