Trump Kini Ketinggalan Di Michigan Buat Kali Pertama

Keputusan tinjauan oleh Rasmussen mendapat Harris mengatasi Trump buat kali pertama di Michigan dalam tempoh dua bulan. Foto Arkib
NEW YORK, 3 Nov – Calon Presiden dari Demokrat Kamala Harris, kini mendahului pencabarnya dari Parti Republikan, Donald Trump di Michigan buat kali pertama dalam dua bulan, lapor Sputnik.
Tinjauan menerusi telefon dan dalam talian oleh Rasmussen Reports bersama penerbitan konservatif American Thinker menunjukkan bahawa jika pilihan raya diadakan hari ini, 49 peratus pengundi yang berkemungkinan besar di Michigan akan memilih Harris, manakala 48 peratus akan memilih Trump.

Sebanyak satu peratus menyatakan akan memilih calon lain, dan dua peratus masih belum membuat keputusan.
Dalam tinjauan Michigan yang diterbitkan pada 17 Oktober lalu, kedua-dua calon memperoleh 48 peratus.
Keputusan yang sama juga dicatatkan pada September, menurut Rasmussen.
Tinjauan membabitkan 908 pengundi yang berkemungkinan dari 24 Oktober hingga 1 November, dengan margin ralat tiga mata peratusan.
Pilihan raya presiden AS dijadualkan pada 5 November.
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web
