Trump Kena ‘Boo’ Di Terbuka AS

Trump diejek penyokong Terbuka AS di saat ketibaanya bersama Peguam Negara AS, Pam Bondi (kiri) di Stadium Arthur Ashe, New York pada 7 September 2025. Foto Reuters
NEW YORK, 8 Sep – Malang sekali bila seorang pemimpin dunia ‘buat hal’ di sebuah kejohanan dunia di negaranya sendiri.
Semuanya gara-gara Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump yang hadir pada perlawanan akhir perseorangan lelaki Terbuka AS menyebabkan pertandingan tersebut terpaksa ditangguhkan apabila ribuan peminat tenis menghadapi kesukaran melepasi pemeriksaan keselamatan ketat.
Sudahnya, ketibaan Trump dan cucunya itu disambut sorakan bercampur dengan ejekan ‘boo’ daripada penonton di Stadium Arthur Ashe, Pusat Tenis Nasional Billie Jean King di sini pada Ahad.

Perlawanan bermula lewat 30 minit kerana langkah keselamatan ketat dilaksanakan sempena kehadirannya yang turut diiringi Peguam Negara, Pam Bondi.
Turut memeriahkan suasana pertembungan antara Jannik Sinner dan Carlos Alcaraz ialah ikon hiburan dan sukan seperti Bruce Springsteen, Tommy Hilfiger, Michael Douglas dan bintang NBA, Stephen Curry dalam lawatan pertama Trump ke kejohanan di New York itu.
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web
