Trump Bersalah Atas 34 Tuduhan Jenayah

Former US President and Republican presidential candidate Donald Trump leaves Manhattan Criminal Court after he was convicted in his criminal trial in New York City, on May 30, 2024. (Photo by Charly TRIBALLEAU / AFP) (Photo by CHARLY TRIBALLEAU/AFP via Getty Images)

NEW YORK, 31 MeiDonald Trump didapati bersalah atas semua 34 pertuduhan berkaitan bayaran tutup mulut oleh juri New York, semalam, menjadikannya bekas presiden Amerika Syarikat (AS) pertama disabitkan dengan tuduhan jenayah.

Pasukan 12 juri itu yang membuat keputusan selepas dua hari berbincang, mendapati Trump bersalah kerana melindungi perbuatan membayar AS$130,000 kepada bintang filem porno, Stormy Daniels untuk mengelak wanita itu menjaja kisahnya ketika tempoh pilihan raya presiden 2016, dan meletakkan ia sebagai perbelanjaan perniagaan.

Trump meluahkan rasa tidak puas hati atas keputusan itu, serta-merta meninggalkan mahkamah.

“Hak sivil saya telah dicabuli sama sekali dengan pemburuan politik, tidak berperlembagaan dan mengganggu pilihan raya ini. Negara kita yang gagal ditertawakan di seluruh dunia!” luahnya di platform Truth Social.

Selepas disabitkan kesalahan itu, Trump kini perlu bekerja keras meyakinkan rakyat AS bahawa beliau layak mendapat penggal kedua di Rumah Putih.

Pilihan raya presiden 2024 dijangka diadakan pada 5 November ini.

Hukuman Trump ditetapkan pada 11 Julai.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *