Tiga Individu Kes Aman Palestin Hadapi 164 Tuduhan Babit Nilai RM85 Juta

Pengarah eksekutif Aman Palestin Abdullah Zaik Abd Rahman tiba di Mahkamah Sesyen Shah Alam atas pertuduhan yang dibawa SPRM. Foto Yusof Mat Isa

SHAH ALAM, 15 FebPengurusan tertinggi pertubuhan bukan kerajaan, Aman Palestin Berhad (Aman Palestin) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Shah Alam, pagi ini.

Pertuduhan itu dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke atas Pengerusi Eksekutif, Ketua Pegawai Eksekutif dan pengarah syarikat, pada jam 9 pagi tadi.

Sumber itu berkata tiga individu berusia 40-an hingga 50-an itu ditahan pada 11.30 pagi Rabu ketika hadir di ibu pejabat SPRM di Putrajaya untuk memberi kenyataan.

Pengarah Eksekutif Aman Palestin, Abdullah Zaik Abdul Rahman, bersama ketua pegawai eksekutif syarikat terbabit, Awang Suffian Awang Piut, didakwa melakukan jenayah pecah amanah atas kapasiti mereka sebagai pengarah kepada syarikat Samudra Champa Sdn Bhd yang diberikan amanah atas harta milik Aman Palestin.

Kedua-dua mereka didakwa melakukan kesalahan tersebut antara 12 Mac 2018 hingga 3 November tahun lalu di Maybank cadangan Bandar Baru Bangi, Selangor.

Pengarah eksekutif Aman Palestin Abdullah Zaik Abd Rahman tiba di Mahkamah Sesyen Shah Alam atas pertuduhan yang dibawa SPRM. Foto Yusof Mat Isa

Baru-baru ini, Aman Palestin dilapor mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap SPRM berhubung pembekuan akaun pertubuhan itu bagi tujuan siasatan.

Semua 52 pertuduhan tersebut dibuat mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan.

Selepas pertuduhan dibacakan, Ahmad Akram Gharib selaku timbalan pendakwa raya memberitahu kedua-dua pihak bersetuju agar kadar ikat jamin ditetapkan sebanyak RM1 juta.

Separuh daripada jumlah itu akan dibayar kepada mahkamah hari ini, manakala bakinya mesti dijelaskan sebelum 14 Mac depan.

Hakim Anita Harun kemudian menetapkan 14 Mac sebagai tarikh untuk sebulan kes tersebut.

Peguam mewakili Aman Palestin, Muhammad Rafique Rashid Ali, dipetik berkata tindakan itu akan dilakukan selaras Seksyen 44A Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFAPUAA) 2001.

Seksyen berkenaan berkaitan pembatalan perintah membekukan harta atas permohonan orang dinamakan atau diperihalkan dalam perintah itu.

Pada November lalu, SPRM mengesahkan membeku sebanyak 41 akaun bank syarikat pertubuhan Aman Palestin bernilai RM15,868,762.

Pembekuan itu dilakukan selepas SPRM menjalankan siasatan terhadap dakwaan Aman Palestin menyalahgunakan wang sumbangan orang ramai.

Siasatan dikatakan dilaksanakan susulan pelaburan meragukan dibuat Aman Palestin, menggunakan dana sumbangan orang ramai.

SPRM dikatakan turut menyiasat pembelian jongkong emas oleh Aman Palestin dengan pertubuhan itu sebelum ini memberitahu SPRM ia adalah kaedah untuk menghantar bantuan kepada Palestin.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *