Tidak Wujud Draf Perjanjian Seperti Dakwaan Pembangkang – Fadillah

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof menyempurnakan Majlis Penyampaian Sumbangan kepada Golongan Asnaf & Bantuan Ramadhan anjuran TM di Surau Darul Ikhlas, Telekom Malaysia, Jalan Sultan Tengah, Petra Jaya. Foto Facebook Fadillah Yusof

KUCHING, 24 Mac – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof menafikan wujudnya draf perjanjian baharu Kerajaan MADANI seperti didakwa pemimpin Perikatan Nasional (PN) berkaitan tuntutan peruntukan wakil rakyat pembangkang.

Fadillah yang juga Ketua Whip Kerajaan Perpaduan berkata, beliau tidak menyerahkan sebarang draf dokumen seperti didakwa dalam pertemuan dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin pada 19 Mac lalu.

Menurutnya, dalam pertemuan di Parlimen itu, beliau hanya mendengar permohonan PN dan mendengar apa yang mereka tawarkan.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof menyempurnakan Majlis Penyampaian Sumbangan kepada Golongan Asnaf & Bantuan Ramadhan anjuran TM di Surau Darul Ikhlas, Telekom Malaysia, Jalan Sultan Tengah, Petra Jaya. Foto Facebook Fadillah Yusof

“Tiada sebarang dokumen diberi mahu pun diterima, justeru tidak wujud satu dokumen ‘draf perjanjian’ di antara Kerajaan MADANI dan Pembangkang seperti dakwa,” katanya dalam kenyataan, malam ini.

Fadillah turut mempersoalkan dakwaan Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Datuk Rosol Wahid mengenai draf berkenaan.

“Adakah YB Rosol sudah lihat ‘draf’ itu? Jika belum, mintalah ‘draf’ itu dari Ketua Pembangkang. Cuba lihat ‘draf’ itu wujud atau tidak,” katanya.

Menurutnya lagi, dalam pertemuan bersama wakil-wakil Pembangkang minggu lalu, tiada sebarang dokumen diberi oleh pihak Kerajaan MADANI mahupun pihak pembangkang.

Kenyataan media Fadillah yang disiarkan di laman Facebook sebentar tadi.

“Ianya sekadar sesi mendengar permintaan dan tawaran mereka. Malah tiada perbincangan mengenai ‘perjanjian’ pun,” katanya.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *