Tiada Rumah Terbuka Aidilfitri, Lawatan Ke Luar Negara Dihadkan – PM Anwar

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan Sidang Media di Putrajaya pada 11 Mac 2026. Foto YouTube Anwar Ibrahim

PUTRAJAYA, 11 Mac – Tiada sebarang penganjuran majlis rumah terbuka sempena Aidilfitri bagi semua kementerian, agensi serta syarikat berkaitan kerajaan (GLC) sebagai langkah berjimat cermat susulan ketidaktentuan ekonomi global akibat konflik di Asia Barat, umum Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata keputusan yang dipersetujui Jemaah Menteri itu bertujuan memberi mesej jelas bahawa kerajaan komited mengambil pendekatan lebih sederhana dan berhemat dalam perbelanjaan.

“Sebagai petanda supaya pimpinan memulakan langkah yang lebih positif, saya telah memutuskan bersama dengan Jemaah Menteri tadi supaya semua agensi kerajaan dan GLIC (syarikat pelaburan berkaitan kerajaan) tidak akan menganjurkan perayaan rumah terbuka.

“Ada yang bertanya kalau keadaan terkawal, harga dan barang keperluan seperti minyak dan gas masih boleh disediakan dan mencukupi, apa keperluan kita (untuk) waspada dan berjimat?

“Saya kata ini langkah waras bagi kita supaya jangan nanti terjebak dengan keadaan lebih parah. Jadi sebaiknya ambil sikap sederhana, lebih bertanggungjawab,” kata Anwar yang juga Menteri Kewangan, pada sidang media khas perkembangan mutakhir konflik di Asia Barat hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan Sidang Media di Putrajaya pada 11 Mac 2026. Foto YouTube Anwar Ibrahim

Selain pembatalan majlis rumah terbuka, Anwar berkata menteri dan anggota pentadbiran turut dihadkan daripada melakukan lawatan ke luar negara, kecuali bagi urusan yang telah dijadualkan atau wajib dihadiri.

“Kerajaan akan terus memantau perkembangan di Asia Barat dan merancang langkah untuk memastikan kelangsungan pertumbuhan ekonomi dan kesejahteraan rakyat,” katanya.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *