Tiada Bonus Raya Bagi Penjawat Awam Kelantan

Penjawat awam Kelantan tidak menerima bonus sempena Aidilfitri tahun ini. Foto Arkib
KOTA BHARU, 26 Mac – Tiada pemberian bonus untuk penjawat awam di Kelantan pada Aidilfitri tahun ini, kata Timbalan Menteri Besar Kelantan, Mohamed Fadzli Hassan.
Beliau berkata, ia berikutan bantuan khas kewangan penjawat awam Kelantan diberi pada November tahun lalu iaitu sebanyak RM2,000 oleh Menteri Besar Mohd Nassuruddin Daud yang dianggap sebagai ‘bonus raya’.
“Bantuan itu dibayar bulan lalu yang jaraknya agak dekat dengan tarikh Aidilfitri dan boleh digunakan oleh penjawat awam untuk raya.
“Kita amat menghargai penjawat awam sebagaimana Kerajaan Pusat. Kalau keadaan ekonomi semakin baik, insya-Allah saya rasa kerajaan boleh fikirkan inisiatif bantuan lain selepas ini,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas penyampaian sumbangan kepada golongan kurang bernasib baik sempena Program Memacu Kehidupan: Aidilfitri anjuran Yayasan PETRONAS, hari ini.
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web
