Tiada Ancaman Tsunami Kepada Malaysia Susulan Gempa Di Rusia

Pantai di Hokkaido, Jepun dilanda tsunami susulan gempa bumi sekuat 8.7 melanda Semenanjung Kamchatka, Rusia pada 7.24 pagi waktu tempatan. Foto AP
KUALA LUMPUR, 30 Jul – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) memaklumkan tiada ancaman tsunami terhadap Malaysia susulan gempa kuat melanda luar pantai timur Kamchatka di Rusia.
MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan gempa sekuat magnitud 8.7 pada 7.24 pagi tadi waktu Malaysia berlaku pada jarak 107km tenggara dari Petropavlovsk Kamchatskiy, Rusia dengan kedalaman 42km.
Gempa yang melanda Semenanjung Kamchatka di wilayah timur jauh Rusia mencetuskan tsunami setinggi 4 meter sehingga menyebabkan pemindahan penduduk dan kerosakan bangunan.

Media antarabangsa melaporkan beberapa negara mengeluarkan amaran tsunami susulan gempa itu antaranya Jepun, Amerika Syarikat, Filipina, China dan Indonesia.
Antara lokasi terkesan setakat ini ialah di Pulau Hokkaido, Jepun dan Alaska, Amerika Syarikat.
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web
