TERKINI: Seorang Penumpang Terselamat Nahas Pesawat Air India Di Ahmedabad

Seorang penumpang warga Britain, Ramesh Vishwash Kumar dari Leicester terselamat dalam insiden nahas pesawat Air India di Ahmedabad pada 12 Jun 2025. Foto BBC
NEW DELHI, 12 Jun – Keajaiban berlaku susulan sebuah pesawat membawa 242 orang terhempas semasa berlepas dari bandar Ahmedabad, barat laut India hari ini.
Ia setelah polis tempatan mengesahkan terdapat mangsa tunggal terselamat dalam tragedi udara mengerikan itu.
Menurut akhbar Telegraph, penumpang lelaki dipercayai warga Britian, Ramesh Vishwash Kumar dari Leicester yang berada di tempat duduk 11A itu sedang dirawat di hospital.

Masih tidak jelas bagaimana beliau terselamat dalam nahas dahsyat melibatkan pesawat Boeing 787-8 Dreamliner yang berlepas menuju ke Gatwick, London itu.
Kapal terbang itu merempuh sebuah asrama kolej menempatkan pelajar perubatan di pinggir bandar Ahmedabad dan terbakar kira-kira jam 1 tengah hari waktu tempatan (3.30 petang waktu Malaysia).
Setakat awal malam ini, pasukan penyelamat menemui lebih 200 mayat di lokasi nahas dalam radius 700 meter.
Pesawat itu terhempas di kawasan kejiranan namun masih tidak pasti sama ada terdapat penduduk yang maut atau cedera.
Semasa kejadian, pesawat yang diangggap antara paling selamat itu membawa 169 warga India, 53 rakyat Britain, seorang penumpang Kanada dan tujuh warga Portugal.
Terdahulu laporan pihak berkuasa tempatan mengesahkan tiada mangsa terselamat dalam insiden itu.
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web
