TERKINI – Polis Sekat Penunjuk Perasaan Menuju Dataran Merdeka

KUALA LUMPUR, 23 Jul – Pihak berkuasa cuba menghalang 100 penunjuk perasaan jalanan daripada berarak ke Dataran Merdeka.
Kumpulan yang menggelarkan dirinya sebagai Gerakan Turun, berkumpul di luar kompleks beli-belah Sogo hari ini menuntut Putrajaya bertindak untuk menangani kenaikan harga barang.
Penganjur sedang berucap di luar kompleks beli-belah Sogo selama setengah jam sebelum cuba berarak ke Dataran Merdeka.

Pada masa penerbitan, penganjur tidak cuba melepasi hadangan polis.
Mereka mengemukakan lima tuntutan kepada kerajaan iaitu gaji menteri dipotong, subsidi kerajaan diteruskan, menyampaikan bantuan sewajarnya kepada rakyat, mengawal harga barang dan menangani isu keselamatan makanan.
