TERKINI: Harga RON95 Kekal RM1.99 Walau Harga Dunia Naik Ketara – PM Anwar

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan Sidang Media di Putrajaya pada 11 Mac 2026. Foto YouTube Anwar Ibrahim
PUTRAJAYA, 11 Mac – Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, harga RON95 menerusi BUDI MADANI bernilai RM1.99 seliter akan dikekalkan biarpun harga pasaran minyak dunia ketika ini naik ketara susulan ketegangan di Asia Barat.
Perdana Menteri mengakui keputusan mengekalkan harga bahan bakar itu satu pendekatan yang sukar, memandangkan harga bagi kebanyakan negara termasuk negara jiran mula mengalami kenaikan sejak awal minggu ini.
“Ini satu keputusan yang sukar tapi (RON95) akan dikekalkan pada paras RM1.99 sen seliter walaupun harga pasaran jauh lebih tinggi dari harga sebenar, apalagi kalau dibanding dengan harga di negara-negara jiran, tiga kali ganda (banding harganya),” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media khas di pejabatnya di Putrajaya, hari ini.
Untuk rekod, harga minyak Brent North Sea meningkat kepada paras AS$119 setong (RM466.48 setong) kelmarin sebelum turun kepada AS$85 setong (RM333.20 setong) semalam.
Beberapa negara seperti Filipina dan Indonesia mula menaikkan harga antara 10 hingga 22 peratus sejak perang antara Iran dan Israel bersama AS tercetus pada 28 Februari lalu.
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web
