TERKINI: Adun Mahkota Meninggal Dunia

Ucapan takziah Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi atas pemergian allahyarham Syarifah Azizah. Foto Facebook Onn Hafiz Ghazi

JOHOR BAHRU, 2 Ogos – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mahkota Dato’ Sharifah Azizah Syed Zain meninggal dunia sebentar tadi.

Perkara tersebut disahkan Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi dan Speaker DUN Datuk Puad Zakarshi menerusi hantaran di Facebook.

“Saya berasa amat sedih apabila menerima perkhabaran duka tentang pemergian‎ Ahli Dewan Negeri (ADUN) Mahkota, YB Dato’ Sharifah Azizah binti Syed Zain.

“Pemergian YB Dato’ Sharifah atau lebih mesra dengan panggilan Ummi amat dirasai kerana beliau merupakan seorang pemimpin yang senang didekati dan disayangi. Jasa dan bakti beliau untuk Negeri Johor, khususnya DUN Mahkota tidak akan dilupakan.

“Salam takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarhamah dan semoga Allah SWT menempatkan roh Allahyarhamah dalam kalangan orang-orang yang beriman. Al-fatihah,” katanya.

Terdahulu Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi melawat allahyarham yang sedang menerima rawatan di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Kluang dan keadaan dilaporkan berada dalam keadaan agak kritikal.

Ahmad Zahid berkata Sharifah Azizah sudah berhenti diberikan ubat tidur sejak pagi tadi.

“Keadaan beliau agak kritikal. Kita berdoa semoga Allah SWT mudahkan urusan beliau dengan sebaiknya dan diberikan kesembuhan.

“Jika sebaliknya berlaku, kita sama-sama berdoa agar segala urusan dipermudahkan.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi melawat Sharifah Azizah yang sedang menerima rawatan di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Kluang pada Jumaat. Foto Facebook Umno Tebrau

“Menurut doktor pakar, (pemberian) ubat tidur (kepada Sharifah Azizah) telah dihentikan sejak pagi tadi. Kita doakan yang terbaik,” katanya pada sidang media di hospital berkenaan, hari ini.

Terdahulu, Presiden UMNO itu tiba di pekarangan Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom kira-kira jam 10.36 pagi tadi untuk menziarahi Sharifah Azizah.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *