Terdapat Keperluan Tambah Baik Akta Berkait Keselamatan Negara – PM Anwar

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap dalam majlis pelancaran pelan tindakan Malaysia bagi mencegah dan menangani fahaman pelampau keganasan pada Isnin. Foto Bernama
PUTRAJAYA, 30 Sep – Datuk Seri Anwar Ibrahim melihat terdapat keperluan menambah baik akta berkaitan keselamatan negara untuk menjamin keselamatan daripada unsur dan pengaruh luar.
Sehubungan itu, Perdana Menteri berkata, bagi tujuan itu beliau menyerahkan kepada kebijaksanaan polis, tentera dan pihak penguat kuasa lain jika ada elemen yang perlu dimasukkan dalam akta berkenaan.
Kita mahu negara ini lebih matang sebagai satu demokrasi. Satu hal yang tidak boleh kita terima adalah mengizinkan negara menjadi medan dan gelanggang bagi puak yang melampau, katanya berucap dalam Majlis Pelancaran Pelan Tindakan Malaysia bagi mencegah dan menangani fahaman pelampau keganasan.

Bagaimanapun, Anwar yang juga Menteri Kewangan tidak menjelaskan lebih lanjut mengenai akta itu.
Sementara itu, Anwar berkata negara sentiasa menjalinkan hubungan antarabangsa dengan semua pihak.
Katanya, Malaysia akan cuba mengelak daripada terlibat dalam mana-mana perseteruan melibatkan senjata.
Sebagai negara kecil membangun…menjalin hubungan antarabangsa dengan semua. Tetapi tidak melepaskan kita daripada tanggungjawab menyokong apa yang kita anggap sebagai hak dan menolak kebatilan, katanya.
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web
