Temu Anwar: PM Anwar Setuju Pelajar Tingkatan Enam Diberi Kelonggaran

Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Program Temu Anwar Negeri Sembilan di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di Nilai. Foto Facebook Polis Negeri Sembilan.

NILAI, 24 Jun – Status Tingkatan Enam di negara ini tidak seharusnya terikat sangat dengan peraturan sekolah, sebaliknya diberi sedikit kelonggaran walaupun berada di kawasan persekolahan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata suasana Tingkatan Enam harus diubah kerana ia sebenarnya merupakan pascasekolah seperti Matrikulasi berikutan sesi persekolahan berakhir pada Tingkatan Lima.

Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Program Temu Anwar Negeri Sembilan di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di Nilai. Foto Facebook Polis Negeri Sembilan.

“Saya akan bawa ke Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek supaya Tingkatan Enam itu tidak dilayan seperti sekolah, budaya, suasananya itu. Saya setuju sebab saya pun ikuti Tingkatan Enam.

“Tingkatan Enam, kita perlu tentukan kaedah supaya cara guru melayani (pelajar) dan suasana yang perlu diberi banyak ruang untuk mereka lebih bebas, berinteraksi dan tidak seperti peraturan sekolah,” katanya pada Program Temu Anwar Negeri Sembilan di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di sini, hari ini.

Anwar berkata ramai pelajar Tingkatan Enam telah mengeluh mengenai peraturan dan budaya serta mengusulkan agar ia diubah pada sesi dialog sebelum ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *