Tarif AS Tidak Berdasarkan Teori Ekonomi Kukuh – PM Anwar

Perdana Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan laporan berkenaan kesan tarif AS ke atas Malaysia di Dewan Rakyat pada 5 Mei 2025.

KUALA LUMPUR, 5 Mei – Sidang khas Dewan Rakyat diberitahu, kerajaan menganggap pengiraan tarif timbal balik sebanyak 24 peratus yang dikenakan Amerika Syarikat (AS) ke atas Malaysia tidak mencerminkan keadaan sebenar dan tidak berlandaskan teori ekonomi yang kukuh, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata, kerajaan juga menolak dakwaan AS bahawa Malaysia telah mengenakan tarif 47 peratus ke atas import negara ‘Uncle Sam’ itu ke Malaysia.

Beliau menambah, kerajaan memandang serius tarif timbal balik tersebut dan mengambil kira kepentingan AS sebagai destinasi eksport dan pelaburan terbesar.

Perdana Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan laporan berkenaan kesan tarif AS ke atas Malaysia di Dewan Rakyat pada 5 Mei 2025.

“Kerajaan menolak dakwaan AS bahawa Malaysia telah mengenakan tarif 47 peratus ke atas import AS ke Malaysia. Ini tidak benar dan disanggah oleh kebanyakan negara kerana jumlah import AS dari Malaysia pada 2024 itu mesti diukur secara menyeluruh dan tidak digunakan sebagai asas untuk mengenakan tarif timbal balas sebanyak 24 peratus.

“Jadi, kita menganggap pengiraan ini tidak mencerminkan tahap tarif sebenar dan tidak berlandaskan teori ekonomi yang kukuh.

“Wakil kita Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri telah mengemukakan secara langsung kepada kepimpinan AS dalam isu tersebut. Secara purata tarif yang dikenakan ke atas import barangan AS hanyalah pada kadar 5.6 peratus,” ujar Perdana Menteri.

Perdana Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan laporan berkenaan kesan tarif AS ke atas Malaysia di Dewan Rakyat pada 5 Mei 2025.

Perdana Menteri berkata demikian pada sesi penerangan mengenai tindakan AS mengenakan tarif timbal balas ke atas semua import ke negara dan kesannya ke atas ekonomi Malaysia dalam Sidang Khas Parlimen di Dewan Rakyat, di sini hari ini.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz bersama delegasi berangkat ke AS selama dua hari bermula 24 April lalu untuk bertemu Wakil Perdagangan AS (USTR) Jamieson Greer dan pegawai lain bagi membincangkan tarif balas yang dikenakan ke atas Malaysia sebanyak 24 peratus.

Tarif balas itu kini dalam tempoh penangguhan selama 90 hari, kecuali bagi China.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *