Tanpa Rafizi Dan Nik Nazmi, Kerajaan MADANI Istiqamah Laksana Amanah Rakyat

Kelangsungan pentadbiran sesebuah kerajaan bukan berdasarkan individu, tetapi atas dasar keputusan secara kolektif dan pantas mendepani cabaran semasa domestik dan global. Foto mesyuarat kabinet pada 13 Mei 2026. Foto Mohamad Sabu

PENDAPAT, 14 Mei – Tidak kira apa juga ‘hala tuju politik’ dirangka Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad selepas ini, hakikat yang tidak boleh dinafikan sesiapa ialah Kerajaan MADANI terus kekal utuh melaksanakan amanah dan tanggungjawab kepada rakyat walaupun hampir setahun tanpa penglibatan mereka di tampuk kekuasaan negara.

Menggunakan alasan kalah pada pemilihan KEADILAN 2025, mereka memutuskan untuk meletakkan jawatan biarpun tiada halangan daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mereka meneruskan tugas sebagai Menteri Ekonomi dan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) sejak masing-masing dilantik pada Disember 2022.

Malah, ketika itu Anwar meminta mereka bercuti bagi memberi ruang untuk memikirkan semasak-masaknya keputusan awal yang dibuat tetapi tidaklah menjadi salah Anwar apabila mereka kekal dengan keputusan ‘nekad’ sedemikian.

Rafizi Ramli kelihatan sihat dan selamat ketika keluar dari bangunan SPRM selepas lebih 9 jam memberi keterangan pada hari kedua rakaman percakapan pada 5 Mei 2026.

Faktanya, kestabilan kerajaan tidak dilihat kepada sosok individu tertentu semata-mata, sebaliknya disokong oleh kekuatan institusi, kerjasama anggota pentadbiran termasuk pegawai kerajaan serta komitmen berterusan semua pihak terhadap agenda reformasi ekonomi negara.

Hampir setahun mereka meninggalkan kabinet, namun kerajaan terus cekal berdepan pelbagai cabaran besar termasuk ketidaktentuan ekonomi dunia, tekanan kos sara hidup dan krisis tenaga global sejak Februari 2026 yang memberi kesan kepada banyak negara.

Namun, pentadbiran Kerajaan MADANI tetap meneruskan pelbagai langkah tangkas bagi memastikan kestabilan bekalan tenaga, kawalan bekalan dan barang serta perlindungan kebajikan rakyat dapat dipertahankan tanpa menjejaskan pertumbuhan ekonomi negara.

Kenyataan media Pejabat Perdana Menteri (PMO) berkenaan peletakan jawatan Rafizi dan Nik Nazmi pada 28 Mei 2025.

Apa yang lebih penting, kepimpinan kerajaan tidak memilih untuk ‘merajuk atau melarikan diri’ daripada tanggungjawab ketika berhadapan tekanan politik dan ekonomi domestik mahupun global hingga subsidi bahan api sebulan kini mencecah RM5 bilion, satu angka jauh di luar pemikiran manusia yang waras.

Namun sebaliknya, fokus terus diberikan kepada usaha memperkukuh ekonomi, menarik pelaburan, memperbaiki sistem subsidi bersasar serta memastikan kesejahteraan rakyat menjadi keutamaan.

Walaupun Anwar teruk dikecam warganet yang tidak memahami krisis bahan api di Asia Barat, memaksa kerajaan membuat penyelarasan subsidi RON95 kepada 200 liter sebulan demi memastikan kelangsungan bahan api negara.

Seakan menangguk di air keruh, Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Annuar Musa tiba-tiba ‘menyeru’ parti pembangkang mengadakan perbincangan bersama Rafizi dan komponen kerajaan perpaduan, Umno.

Lebih menjadi kepelikan, seakan menangguk di air keruh, Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Annuar Musa tiba-tiba ‘menyeru’ parti pembangkang mengadakan perbincangan bersama Rafizi dan komponen kerajaan perpaduan, Umno, bagi merangka hala tuju baharu negara.

Kononnya dalam kenyataan berkenaan, Annuar berkata semua pihak tersebut mempunyai titik persamaan walaupun wujud perbezaan, semata-mata mahu ‘menumbangkan’ kerajaan pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

Kenyataan Annuar dipercayai mengambil maklum ‘hala tuju’ Rafizi dan Nik Nazmi manakala Ketua Pembangkang, Hamzah Zainudin pula melancarkan gerakan ‘Reset’ selepas dipecat Bersatu, pada Februari lalu.

Dalam kekalutan Perikatan Nasional (PN) bercakaran mencari pengganti Hamzah, Datuk Seri Anwar Ibrahim terus mencari jalan membantu rakyat walaupun menggunakan subsidi RM7 bilion bagi April 2026 tanpa mengira bila PRU16 diadakan. Foto Janaan AI

Kesimpulannya, sistem demokrasi memang meraikan perbezaan pendirian politik kerana ia adalah perkara biasa, namun, keutamaan sebenar sesebuah kerajaan ialah keupayaan meneruskan pentadbiran secara stabil dan berkesan walaupun berlaku perubahan dalam landskap politik.

Naratif itulah yang berjaya dibuktikan oleh Kerajaan MADANI dari 24 November 2022 sehingga kini, dengan Anwar mungkin memecah rekod sebagai Perdana Menteri yang langsung tidak mengambil sesen pun gaji sepanjang perkhidmatannya.

Walaupun apa sahaja keputusan Rafizi dan Nik Nazmi, malah difahamkan beberapa lagi ahli parlimen bakal mengikut jejak mereka, kekuatan kerajaan hari ini terletak pada keupayaan menggalas amanah rakyat secara kolektif dan berterusan.

Penjelasan panjang lebar Tengku Zafrul kepada pemimpin pembangkang termasuk kepada Rafizi berkenaan isu tarif timbal balas dengan Amerika Syarikat (ART) menunjukkan ketelusan tanpa penjelasan ‘separa masak’ yang mengelirukan rakyat.

Lebih penting, rakyat pasti bijak menilai prestasi anggota pentadbiran, dalam konteks ini Kerajaan MADANI serta hasil yang dibawa kepada negara berbanding polemik politik individu tertentu yang seakan makin hilang dari ‘radar’ politik arus perdana.

 

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *