Tang Jie–Ee Wei Mara Terbuka Australia 2025

Chen–Toh yang juga Juara Dunia 2025 bagaimanapun menunjukkan ketenangan dalam situasi genting untuk menamatkan set tersebut dengan kemenangan 21-19.

SYDNEY, 19 Nov – Pasangan beregu campuran, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei melangkah ke pusingan kedua Terbuka Australia selepas menewaskan rakan senegara, Wong Tien Ci-Lim Chiew Sien.

Dalam saingan pusingan pertama yang berlangsung di Quaycentre, Olympic Boulevard, Sydney, pertandingan bertaraf Super 500 menawarkan hadiah keseluruhan USD475,000.

Ia merupakan kejohanan terakhir dalam kalendar BWF World Tour sebelum berlangsungnya HSBC BWF World Tour Finals 2025 di China.

Pada set pertama, kedua-dua pasangan menampilkan permainan seimbang, dengan pertukaran mata yang rapat sepanjang aksi. Chen–Toh yang juga Juara Dunia 2025 bagaimanapun menunjukkan ketenangan dalam situasi genting untuk menamatkan set tersebut dengan kemenangan 21-19.

Kelebihan pengalaman dan keupayaan mengawal tempo menjadi faktor pemisah dalam set pembukaan yang berentak tinggi itu.

Turut menempah slot ke pusingan kedua, beregu lelaki negara, Wan Arif Junaidi-Yap Roy King selepas menundukkan pasangan tuan rumah, Phillip Halim-Landon Horsea Kurniawan 21-8,21-11.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *