Tang Jie-Ee Wei Bikin Adidas Arena Senyap

Keceriaan jelas terpancar di wajah Tang Jie-Ee Wei apabila membenam cabaran beregu tuan rumah dalam aksi separuh akhir beregu campuran Kejohanan Badminton Dunia BWF di Adidas Arena, Paris pada 30 Ogos 2025. Foto AFP

PARIS, 30 Ogos – Khabar gembira kedua diterima kem badminton negara menjelang sambutan Hari Kebangsaan 2025 apabila pasangan beregu campuran utama negara mara ke pentas akhir Kejohanan Badminton Dunia BWF 2025 yang berlangsung di Adidas Arena, di sini sebentar tadi.

Aksi Chen Tang Jie-Toh Ee Wei nyata tidak menghampakan apabila menewaskan pasangan tuan rumah, Thom Gicquel-Delphine Delrue dengan keputusan straight set 21-18 21-16 dalam masa 53 minit.

Kejayaan mara ke perlawanan akhir itu membolehkan mereka mencipta sejarah baharu kerana ini adalah final sulung buat wakil campuran Malaysia.

Keceriaan jelas terpancar di wajah Tang Jie-Ee Wei apabila membenam cabaran beregu tuan rumah dalam aksi separuh akhir beregu campuran Kejohanan Badminton Dunia BWF di Adidas Arena, Paris pada 30 Ogos 2025. Foto BAM

Tang Jie-Ee Wei yang turun selaku pilihan keempat tidak berdepan masalah besar untuk mencatat kemenangan bergaya sekali gus membuatkan hampir keseluruhan arena senyap seketika

Beregu keempat dunia itu cuba menampilkan permainan pantas serta lebih agresif dan berjaya mendapatkan mata bagi menjarakkan kedudukan namun kesilapan individu yang sering dilakukan membolehkan wakil tuan rumah itu merapatkan mata sebelum pasangan negara mengesahkan kemenangan di set pertama.

Momentum kemenangan itu diteruskan di set kedua biarpun Ee Wei mengalami sedikit kecederaan di siku tetapi itu tidak menghalang untuk mereka terus bermain permainan yang sudah dirancang.

Pearly Tan-M Thinaah terus mencipta sensasi apabila mara ke perlawanan akhir Kejohanaj Badminton Dunia BWF 2025 di Adidas Arena Paris pada 30 Ogos 2025. Foto Reuters

Beberapa pukulan yang diatur juga berjaya memerangkap Gicquel-Delrue sekali gus memastikan tiket ke pentas final menjadi milik mereka.

Bagi aksi akhir esok, beregu negara bakal berdepan ujian getir apabila akan membuat perhitungan dengan wakil China yang juga pilihan kedua kejohanan, Jiang Zhen Bang-Wei Ya Xin.

Kemenangan itu membolehkan Tang Jie-Ee Wei membalas dendam atas kekalahan mereka pada pertemuan terakhir di separuh akhir Terbuka India pada awal tahun lalu.

Untuk rekod, di pentas akhir esok, Malaysia mempunyai dua wakil apabila beregu wanita negara, Pearly Tan-M Thinaah terlebih dahulu mengesahkan tempat ke perlawanan akhir selepas mengalahkan pasangan Jepun, Nami Matsuyama-Chiharu.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *