Tambahan 150 Katil Hospital Tawau Perkukuh Khidmat Kesihatan Untuk Rakyat – PM Anwar

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Majlis Peluncuran Blok Bangunan Baharu Hospital Tawau pada 10 November 2025. Foto Instagram Anwar Ibrahim

TAWAU, 10 Nov – Hospital Tawau kini berwajah baharu apabila kapasiti perkhidmatan ditingkatkan dengan pertambahan jumlah katil antara 100 hingga 150 unit sebagai langkah memperkukuh keupayaan rawatan dan menampung keperluan pesakit yang semakin meningkat di daerah itu.

Langkah itu menjadikan jumlah keseluruhan katil di hospital berkenaan meningkat daripada 585 kepada lebih 700 katil.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan perkara itu ketika merasmikan Majlis Peluncuran Blok Baharu Hospital Tawau di sini hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Majlis Peluncuran Blok Bangunan Baharu Hospital Tawau pada 10 November 2025. Foto Instagram Anwar Ibrahim

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, keupayaan perkhidmatan kesihatan akan terus dipertingkatkan dari semasa ke semasa tertakluk kepada kemampuan kewangan kerajaan.

“Walaupun kini mempunyai lebih 500 katil dan dengan tambahan blok baharu yang hampir menyerupai sebuah hospital penuh, kemudahannya masih belum mencukupi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Majlis Peluncuran Blok Bangunan Baharu Hospital Tawau pada 10 November 2025. Foto Instagram Anwar Ibrahim

Justeru, saya minta agar kapasiti ditambah sekitar 100 hingga 150 katil lagi. Jika belum siap, saya harap pengarah hospital dan pihak kementerian dapat meneliti serta mencari jalan terbaik untuk menambah kemudahan ini,” katanya.

 

Blok baharu Hospital Tawau dibina dengan kos RM223.6 juta bawah Rolling Plan Pertama, Rancangan Malaysia Ke-11 (RP1 RMK-11).

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Majlis Peluncuran Blok Bangunan Baharu Hospital Tawau pada 10 November 2025. Foto Instagram Anwar Ibrahim

Kemudahan itu merangkumi enam bilik bedah, Jabatan Kecemasan dan Trauma, Klinik Pakar, Farmasi Pesakit Luar, serta ruang gunasama seperti auditorium dan bilik seminar.

Turut hadir, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad dan Menteri Kewangan Sabah, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Majlis Peluncuran Blok Bangunan Baharu Hospital Tawau pada 10 November 2025. Foto Instagram Anwar Ibrahim

Dalam pada itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyifatkan penambahan fasiliti ini melambangkan komitmen Kerajaan MADANI dalam memastikan rakyat Sabah menikmati perkhidmatan kesihatan yang serba moden, selamat dan berkualiti.

“Dengan pelaksanaan ini, KKM terus memperkukuh infrastruktur kesihatan demi kesejahteraan rakyat serta penyampaian perkhidmatan yang lebih mampan dan berkesan,” kata kementerian itu.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *