‘Tak Tepat Kos Makan Banduan RM41 Sehari’

Tular hantaran menerusi platform X dan Facebook yang dimuat naik pengguna berkaitan kenyataan bertajuk kos makanan banduan di Malaysia RM41 sehari pada Sabtu.

KUALA LUMPUR, 25 FebHantaran tular di media sosial yang mendakwa kos makan minum banduan sebanyak RM41 sehari adalah tidak tepat serta tidak menggambarkan kos keseluruhan yang sebenar.

Jabatan Penjara Malaysia menerusi kenyataan memaklumkan hantaran terbabit dimuat naik oleh seorang pengguna media sosial dengan kenyataan “Kos makanan banduan di Malaysia RM41 sehari” menggunakan sumber berita yang disiarkan sebuah media tempatan.

“Hantaran terbabit dikesan menggunakan sumber laporan media terbabit yang dikeluarkan pada 18 Julai 2019.

“Bagaimanapun satu kenyataan pembetulan semula telah disiarkan melalui berita bertajuk “RM41 merangkumi kos operasi, kebajikan banduan pada tarikh 20 Julai 2019,” katanya menerusi kenyataan pada Ahad.

Tular hantaran menerusi platform X dan Facebook yang dimuat naik pengguna berkaitan kenyataan bertajuk kos makanan banduan di Malaysia RM41 sehari pada Sabtu.

Menurut kenyataan itu, kos pengurusan penjara bagi seorang prospek untuk sehari kini adalah RM50.

“Jumlah ini bukan hanya perbelanjaan makan minum tetapi turut merangkumi kos keperluan asas, kos gaji, emolumen anggota dan kakitangan penjara juga.

“Kenyataan yang dikeluarkan melalui hantaran terbabit jelas mengelirukan, tidak tepat dan tidak menggambarkan kos operasi sebenar pengurusan untuk seorang banduan sehari,” katanya.

Kenyataan rasmi Jabatan Penjara di akaun Facebook rasmi jabatan itu pada Ahad.

Menurutnya, orang ramai diingatkan agar tidak menyebarkan atau mempercayai maklumat yang tidak tepat berkaitan perkara ini.

Pada Sabtu, tular hantaran menerusi platform X dan Facebook yang dimuat naik pengguna terbabit berkaitan kenyataan bertajuk kos makanan banduan di Malaysia RM41 sehari.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *