Syed Saddiq Bakal Bertunang Dengan Bella Hari Ini

Syed Saddiq berkongsi detik lamaran istimewa yang berlaku di Gunung Kinabalu dengan Bella Astillah ketika hujan lebat dan menyifatkannya sebagai permulaan kisah bahagia mereka.

KOTA KINABALU, 28 Mac – Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengesahkan beliau akan bertunang dengan Bella Astillah pada Sabtu selepas melamar penyanyi dan pelakon itu di Gunung Kinabalu.

Dalam satu hantaran di Facebook, ahli parlimen Muar itu berkongsi detik lamaran istimewa yang berlaku di Gunung Kinabalu ketika hujan lebat dan menyifatkannya sebagai permulaan kisah bahagia mereka.

‘I asked, she said yes’. Ini bukan pengakhiran cerita, ini permulaan kita. Dan hari ini majlis pertunangan kami, doakan,” tulis beliau.

Pada hantaran video itu, Syed Saddiq turut berkongsi beberapa klip romantis antara mereka termasuk ketika berjalan di pesisir pantai sambil menyertakan tanda pagar, #BellaSyedYes

Pada ruangan kapsyen, Syed Saddiq menyifatkan pertunangan itu bakal menjadi permulaan baharu buat mereka.

Meninjau ruangan komen, rata-rata pengikut termasuk rakan selebriti antaranya Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza meninggalkan komen positif serta mendoakan pasangan itu.

Syed Saddiq dikatakan akan bertunang dengan Bella Astillah di Kuala Lumpur petang 28 Mac 2026.

Terdahulu, lama sembang kecoh apabila Syed Saddiq dan Bella dikhabarkan akan disatukan dalam satu majlis yang bakal diadakan di ibu negara, petang ini.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *