Sultan Selangor Adakan Pertemuan Dengan PM Anwar Di Seri Perdana

Foto pertemuan antara Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berlangsung di Seri Perdana, Putrajaya pada petang semalam. Foto Facebook Anwar Ibrahim

PUTRAJAYA, 24 Apr – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Seri Perdana, di sini petang semalam.

Anwar yang juga Menteri Kewangan menzahirkan ucapan menjunjung kasih atas titah Tuanku Sultan Selangor yang turut menitip pandangan dan nasihat mengenai rakyat dan negara.

“Menjunjung kasih Tuanku Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah ke Seri Perdana petang semalam.

“Memanfaatkan dari pandangan dan nasihat Tuanku mengenai rakyat dan negara,” ujar Anwar menerusi hantaran terbaharu di laman Facebook beliau hari ini.

Foto pertemuan antara Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berlangsung di Seri Perdana, Putrajaya pada petang semalam. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Dalam pada itu Sultan Sharafuddin telah memberi perkenan agar sambutan Ulang Tahun dan Perbarisan sempena Hari Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang ke-90 yang sepatutnya berlangsung bermula Jumaat ini (26 April 2024), dibatalkan.

“Ia susulan tragedi nahas dua buah helikopter semasa Raptai Perbarisan pagi tadi di Pangkalan TLDM Lumut, Perak, yang telah mengorbankan nyawa 10 anggota TLDM.

“Sebaliknya, satu majlis bacaan yasin dan tahlil doa selamat akan diadakan bertempat di Masjid An-Nur, Pangkalan TLDM Lumut sebelum Solat Jumaat.

“Baginda selaku Kepten Yang Dipertua TLDM, dijangka akan turut berangkat ke majlis berkenaan,” menurut hantaran di laman Facebook Selangor Royal Office itu lagi.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *